Persepsi anda pada seorang yang bergelar bekas banduan..?

10:46:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments

Semalam...masa Sally dalam perjalanan nak ke Kelana Jaya...ada seorang lelaki datang approach Sally...dia bagi salam dan terus memperkenalkan diri sebagai Ahmad dan dia bagitau Sally yang dia merupakan banduan yang baru dilepaskan daripada penjara Kajang setelah 12 tahun ditahan...

Katanya dia hanya mempunyai RM30 dan memerlukan lagi RM15 untuk beli tiket pulang ke Mersing, Johor...dia ada jugak bagitau yang dia dah bertanya pada ramai orang...tapi ramai yang memandang jijik dan tak kurang jugak yang memaki hamun dan menghalau dia sebab status "bekas banduan" yang dia pegang...Ada yang tak percaya, ada yang berlagak bagus dengan memberi ceramah dan terus berlalu pergi, tak kurang jugak yang hanya mendengus dan menunjukkan ekspresi wajah yang kurang senang...Kalau tak nak bagi RM15 tu...tak payah bagi...tapi tak perlu la menghina...dia tu manusia jugak...ada hati, ada perasaan, ada maruah...


Sally tak kisahkan RM15 yang Sally bagi tu...tapi Sally kisahkan persepsi dan mentaliti orang melayu yang suka menghukum atas dosa silam seseorang...kita kena ingat...setiap manusia tu pernah melakukan kesilapan...dan dia dah terima balasan atas dosa yang dia pernah lakukan...kita ni tak perlu nak sambung hukum dia...

Jujur kata, ahli keluarga Sally pun ada yang merupakan bekas banduan...tapi mereka dah berubah...dah bekerja elok...dah mampu nak mendirikan rumah tangga...dah mampu nak berdikari sendiri...Mmg la sedikit sebnayak status "bekas banduan" tu menyebabkan mereka susah nak dapat kerja...susah nak buat itu dan ini...tapi itu tak menghalang mereka daripada berubah menjadi manusia yang baik...

Niat Sally semalam...RM15 yang dia mintak tu...biarlah digunakan untuk dia pulang ke pangkuan keluarga...Jujur kata, Sally pun masih ada perasaan ragu-ragu yang dia tu tipu...mentaliti kan...tapi kalau betul yang dia mmg sedang bermasalah...at least, I have try my best to help him...dia tipu ke tidak tu urusan dia dengan Allah...urusan Sally dengan dia tamat masa tu...Kita niatkan je untuk bersedekah...

You Might Also Like

14 comments:

  1. org malaysia ni suka sangat diskriminasi kan.. una selalu kesian dengan golongan mcm ni.. sbb kalau die nak buat jahat ke ape sekali pun,, itu antara die dengan tuhan.. kita tak berhak nak menghukum kan sally.. semoga golongan ini akan terus tabah.. mane tau tempat diorang lebih mulia disisi Allah berbanding kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya, ade sesetengah bekas banduan sebenarnye lebih baik dari kite.. sbb dorg dh kene brainwash mase dlm cell...setiap org berhak ada peluang kedua utk jadi lebih baik. Kan?

      Delete
  2. berani nye kak sally ni kan -____-

    ReplyDelete
  3. sy xpnh lg bhdpn dgn bekas banduan.klo kne approach mcm tu mmg akan rasa takut.klo dia btl2 berubah kire bgs la..klo yg jns msh x insaf tu risau..ape2 pon moga org yg sally tlg tu nt bnr2 berubah dan dpt jmpe family dia smula

    ReplyDelete
  4. banduan tu bukannya hina, tak salah kalau niat kita untuk membantu ikhlas, konsep dia sama dengan sedekah jugak... yang penting kita ikhlas, kalau dia nak gunakan untuk tujuan lain, itu antara dia dengan Allah... tapi harus hati2 juga.. takut2 perkara yang tak diingini berlaku...

    ReplyDelete
  5. mulianya hati sally...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah..amalan yang baik. kalau dia nak menipu, itu urusan dia dengan Allah. Janji niat kita untuk membantu.

    ReplyDelete
  7. Sesetengah tu memang ikhlas nak berubah, tapi masyarakat tak beri peluang, tu yang balik ke kancah jenayah. Semoga Allah bantu dia..

    ReplyDelete
  8. persepsi masyarakat kita terutama org melayu tak boleh diubah. setiap org akan ada masa silam tersendiri. kalau lelaki tu betul2 insaf dan bertaubat, dia lagi mulia disisi Allah sedangkan kita?

    ReplyDelete
  9. takpaa pikir positif je.. tp klau dya tipu itu msalah dya dgn Yg mmberi rezeki..:)

    ReplyDelete
  10. Siapa yg inginkan masuk penjara.. cuma kdg2 ada kesilapan atau nasib yg membuatkan seseorang tu masuk ke penjara. Berhati2 itu penting tetapi tak semestinya kita tak percaya langsung kpd mereka. Bila beliau berani mengaku bahawa beliau utu bekas banduan pun dah merupakan satu kejujuran yg patut dipuji. Bukan senang org nak mengaku, terutamanya bila tahu ttg stigma msykt ni, sedangkan ramai lagi penjahat di luar sana tu. Entah2 org yg mengutuk tu lebih jahat lagi hhmmm... Semoga Allah memudahkan jln kebaikan kpd sesiapa pun utk menuju ke jln kebaikan... aamiin.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!