4 perkara tentang makanan Korea.

12:58:00 PM Sally Samsaiman 22 Comments

Ohh pehlisss...sally...sally...asyik-asyik korea!

Selalu sally asyik bercakap pasal makanan Korea kan..? so hari ni nak bagi tau 4 perkara yang korang mungkin tak tau pasal makanan Korea...

Makanan itu ubat.

Orang Korea semua berpegang pada satu kata-kata,"Kita ialah apa yang kita makan"...kalau kita selalu makan junk food atau makanan yg tak berkhasiat...kalau sakit jangan tanya kenapa laa...hihihi...Orang Korea percaya yang makanan yang seimbang itu yang akan membuat kita sihat...lagipun makanan Korea kalau korang perasan, banyak makanan yang sihat macam tofu, kimchi..yang penting side dish dia penuh sayuran!



Jangan pernah tinggal nasi.

Makanan Korea takkan lengkap kalau takde nasi...tapi kalau dilihatkan, nasi mereka jenis yang melekit sikit bukan macam nasi kita...Kadang-kadang tu dorang makan nasi yang di campur dengan bijirin macam barli, kekacang, jagung ataupun dorang buat bubur...Nasi beras perang pun agak popular berbanding nasi beras putih...



Semua dalam satu / serentak.

Orang Korea jenis makan segalnya serentak..dia takde macam western atau chinese cuisine yang separate dia punya meals...contohnya macam appetizer, main dish dan dessert...Orang Korea akan pastikan makanan dorang lengkap..semua akan ada nasi, sup atau stew, main dish dia dan "banchan" (Banchan = Side dish). Banchan ni selalunya akan ada dalam 5-12 jenis...pasal tu kalau selalu kita tengok dalam drama ke kan...makanan atas meja dorang tu banyak...padahal tu semua side dish je pun...dan yang penting hampir separuh daripada banchan tu sebenarnya kimchi ataupun sayuran yang dicelur...haaaa~



Takde pemanis mulut @ pencuci mulut.

Orang Korea takde dessert bagai ni...once dah habis makan, means mmg dah habis...Selalunya dorang akan akhiri majlis makan tu dengan minum teh hijau ataupun minuman lain yang menyegarkan contohnya sikhye (rice punch), hwachae (honeyed fruit punch) atau ohmija (a mildly tangy five-flavour raspberry tea with pine nuts).

Okay, dah habis kajian tentang Korea kita hari ni..tuan blog dah takde idea..hahaha...Nanti kalau ada yang lain...sally kongsi lagi okay...

 Learning others culture is enjoying a travelling without going to the country.

You Might Also Like

22 comments:

  1. kalo tgok drama2 korea ni fuh.. mknan depa nampak sedap jeeee... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Makanan dorang nmpk tempting sangat :)

      Delete
  2. sebab tu kot diorang kurus..orang kita nak asa desert bagai yang boleh menampakkan kecomelan terserlah kan sally...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal tu masing-masing comel je badan..terlebih zat :)

      Delete
  3. sebab tu la suka makanan korea ... hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat tepat dan bagus jawapan anda! Hahaha :)

      Delete
  4. hahaha terus lapar pulak baca pasal makanan makanan ni.

    ReplyDelete
  5. Teringin nak makan makanan korea. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la sekali sally..mesti sally suka.. :)

      Delete
  6. wlpun tak minat semua ni, selalu terperasan, dorang tak kan tertinggal minum air teh kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sebab teh kan agent detox yg paling bagus ;)

      Delete
  7. x pernah lagi merasa makanan korea ni... ^__^

    ReplyDelete
  8. Bilalah ada rezeki nak makan makanan korea ni , aishh . HUHU .

    ReplyDelete
  9. memang menyihatkan makanan orang korea.. akak tak pernah lagi mencubanya..

    ReplyDelete
  10. Sedap juga tengok.. teringin juga nak mencuba.. thanks sharing Sally.. :)

    ReplyDelete
  11. bila tgk program tv korea bab2 makanan dorg sgt menyelerakan..tu yg nk try nnti..xpernah lg cuba mknan2 korea..kt tmpt niesa restoren korea ada..tp masalahnya xhalal..

    ReplyDelete
  12. xpena makan mknn korea ni.. kalo bpluang, bgs jgk ni.. bole belajar budaya korea pulak.. hehheheh

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!