Sel Solar & Panel Solar : AUO Sunpower

3:00:00 PM Sally Samsaiman 15 Comments

Pasal Feed-In Tariff dah cerita, pasal Solar Farm pun dah cerita, pasal Cooltek pun dah cerita...tapi sally lupa nak cerita pasal benda yang paling penting dalam membekalkan tenaga solar...iaitu Sel Solar & Panel Solar.


Dalam lawatan bersama dengan pihak SEDA Malaysia, kami para blogger telah dibawa ke AUO Sunpower iaitu salah sebuah pembekal Sel Solar & Panel Solar di Malaysia. Sel Solar & Panel Solar yang dibina oleh AUO Sunpower juga turut di eksport keluar negara. Visi mereka, "Innovation and Excellence Powering a Green Future" sangat sesuai dengan servis yang mereka bekalkan.

Solar PV atau juga dikenali sebagai Photovoltaics adalah medium untuk memproses menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik menggunakan sel solar.  Pada 1970-an, dunia menumpukan perhatian pada kebaikan sumber tenaga alternatif (solar), dan mula membuat penyelidikkan untuk membina Photovoltaics. Penyelidikkan ini berterusan sehingga la hari ini...

Untuk lebih faham tentang tenaga solar, korang boleh baca entry sally tentang Solar Farm..

Credits : http://www.auosunpower.com

Credits : http://www.auosunpower.com
Solar Panel.
Gambar-gambar kat atas tu ialah sel solar dan jugak panel solar yang dihasilkan oleh pihak AUO Sunpower. Sel-sel milik pihak AUO Sunpower sudah dipatenkan, sukar untuk ditiru, dan menyediakan kecekapan sehingga 22.5%, kira-kira 3.4 watt setiap sel, berbanding sel solar yang lain yang ada di Malaysia. Sel solar yang dihasilkan oleh AUO Sunpower juga merupakan antara yang terbaik di dunia selari dengan misi syarikat mereka, "Be the Worldwide Best Solar Cell Manufacturing Company". Jadi jangan takut untuk membuat pilihan.
Antara tempat yang menggunakan sel solar dan panel solar daripada AUO Sunpower ialah, California Valley Solar Ranch, McHenry Solar Farm dan juga Antelope Valley Solar Project. Walaupun kesemua solar farm ni berada di luar daripada Malaysia, namun kita boleh nampak yang sel solar milik AUO Sunpower ini sangat diyakini bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.


Pada 27th Ogos 2012, AUO SunPower Central Admin Building telah dianugerahkan Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) Platinum Certification. LEED Platinum Certification merupakan satu set sistem pengkadaran bagi reka bentuk, pembinaan, operasi, dan penyenggaraan bangunan berteknologi hijau, rumah-rumah dan juga kawasan kejiranannya.
Laman web rasmi AUO Sunpower : http://www.auosunpower.com/



     Hari ini perlaksaan sel solar dan juga panel solar bukan sahaja diiktiraf sebagai satu cara untuk menyediakan kuasa tetapi juga satu cara dengan ketara mengurangkan kesan kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh penjanaan elektrik konvensional di Malaysia. Bagi sally, penggunaan tenaga solar sebagai pembekal tenaga elektrik di Malaysia seharusnya diperluaskan supaya boleh mengurangkan pencemaran dan juga kegunaan bahan api yang semakin berkurang.

You Might Also Like

15 comments:

  1. seronoknya dapat gi trip macam ni, macam feel feel masa study dulu pulak... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun kak! hahaha...tapi mmg best gila la..part makan free yg seronok :P

      Delete
  2. whoaaaaa.
    betul tu, dari dulu lagi qila nak sangat guna solar system hahahha.
    Since forever kot. Tapi tulah, payoh sikit kan kak sally di malaysia ni.
    Semua kena bergabung meletops untuk jayakan penggunaan solar ni. Cewah haahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. when we need something, there's always a price.. :)

      Delete
  3. tapi benda yg eco friendly ni cost dia lebih tinggi tapi pulangan dari segi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mmg sgt positif. kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak ramai yg implement...kalau ramai mgkn tak berapa costly la kan..

      Delete
  4. part kat solar farm paling best sebab angin kencang gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe! situ mmg feel habis la kan!

      Delete
    2. ruginye tak dapat join hari tu .. huhuhuhu

      Delete
  5. tak tahu pape.... huhuuhu tengok je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha...ni pasal teknologi solar kak mia :P

      Delete
  6. manfaatkn alternatif lain dalam bidang jana kuasa..lbh mesra alam lagi baguss kn sally ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu Zara...skrg ni lagi dh kena berusaha

      Delete
  7. malaysia mempunyai cuaca panas sepanjang tahun.. memang sesuai jika tenaga solar digunakan di malaysia.. untuk pemasangan panel tu di rumah mungkin agak mahal dan tak semua orang mampu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg part mahal tu sebenarnya masalah sekarang...sbb rakyat Malaysia ni suka benda free..hahaha :D

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!