Minat, Hobi atau Obsesi..?

9:54:00 AM Sally Samsaiman 27 Comments

Kalau di search dalam blog ni...korang akan perasan...sally punya minat terdorong kepada kepada benda yang ada kaitan dengan biru...terutamanya Doraemon dan yg penting CNBLUE! Kadang-kadang...sally kategorikan diri sendiri sebagai peminat yg hobinya lebih kepada obsesi...hah! nampak tak betapa tamaknya dan rakusnya sally kategorikan diri sendiri....


Doraemon..pada asalnya sally tak suka pun dia...tapi sebab bentuk fizikal sally yang agak gembal sejak dari kecik...jadi dekat sekolah..selalu kena panggil adik doraemon...well, at first sally mmg la menangis..sebab orang panggil sally gemuk kan...tapi lama-kelamaan...bila sally tengok doraemon...terdetik dalam hati...
"comel jugak doraemon ni..entah-entah dorang panggil aku adik doraemon sbb aku comel kot..."

hahaha...okay, yang terdetik tu sally tipu je...sally mmg sedih bila orang panggil sally gemuk..tapi lama-kelamaan..sally dah terbiasa..dan orang-orang yang ejek sally tu semua jadi pelik..kenapa sally dah tak nangis...kenapa sally jadi tabah..sebab sally rasa ape yang dorang buat tu sebab nak seek attention je...mungkin?


Since that...sally mmg jadi suka dengan doraemon..mungkin jugak sebab dia berwarna biru...sebab sally mmg suka sangat warna biru...jadi mmg sejak daripada zaman sekolah, sampai zaman kolej...beli dan dapat barangan doraemon mmg perkara biasa...pernah satu tahun hadiah yg sally terima semua berunsur doraemon...sampai la ke umur sally dah menganjak ke 24 tahun ni haa...dapat doraemon tu dah jadi perkara biasa...hahaha...sampai satu tahap..kalau kawan-kawan sally nampak doraemon, benda pertama dorang akan buat ialah call @ whatsapp apa yang mereka nampak tu..dan tanya..
"nak tak benda ni..? aku belikan..!"
Terharu...sampai tak tau nak cakap ape..hahaha...sampai tahap macam tu sekali dorang ingat sally bila nampak doraemon...

CNBLUE!
Rasanya pembaca setia blog sally dah tau dah tentang minat yg super obsess sally kepada mereka terutama kepada Jung Yong Hwa...pada asalnya sally mula minat masa dengar lagu masa first dorang debut, "I'm a Loner"...first time dengar, terus jatuh cinta..haa..gitu sekali gamaknya..hahaha...masuk tahun ni dah tahun yang kelima dorang debut...


Sally akui..kadang-kadang sally mmg agak excited terlebih kalau dengar atau cerita pasal CNBLUE..mmg mmg sally minat sangat dengan dorang..tapi takdela tahap obsess kan...peminat yg super excited..boleh? hahaha...Kalau bercakap tentang obsess, sally rasa ada ramai lagi yang obsess dengan CNBLUE..sampai ada yang sanggup bergaduh sebab perempuan-perempuan yang pernah dikaitkan dengan mereka ni...


Merchandise..? Tipu la kalau sally takde simpan kan...ada la poskad, landyard, album, tumblar, keychain and stuff yang dikategorikan sebagai merchandise la...bohong kalau takde kan...even agak mahal sebenarnya...tapi kadang-kadang tu tutup mata je tengok harga dia..pergi kaunter terus bayar! hikhik...


Sekarang tgh tunggu nak beli album terbaru mereka, CNBLUE 5th Mini Album yang bertajuk "Can't Stop"...Tunggu masa je ni haa...dapat gaji..zasss!
Tapi bg sally...tak salah nak minat atau nak suka sesuatu selagi tak keluar daripada batas-batas yang di syariatkan..sally akui..sally mmg minat sangat dengan CNBLUE...sampai tahap..tengok dorang pun boleh senyum....senyum sorang-sorang...tapi biasa laa...kalau dah suka kan..semua benda nampak cantik, nampak baik, nampak indah...dah macam bercinta pulak dengan dorang..iye dok..?

Apa minat, hobi atau obsesi korang..? Meh la kongsi dengan sally :)

You Might Also Like

27 comments:

  1. Gilalah Sally. Kita gila dengan Jung Yong Hwa tu tapi takdelah sampai gigih beli merchandise. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape gila..? sape..? hahaha...eh, sally mana ada beli...sally secara tak sengaja terbayar :P

      Delete
  2. Betul2.. Tak salah kalau nak minat sangat kan.. ;D

    ReplyDelete
  3. seriously akak kalo nampak doraemon pnya barang mesti teringat sally .. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ada tanda-tanda akak kena belikan tu..hahaha :D

      Delete
  4. ehh backgroung suda tukarla ram2 biru..kita pun suka biru2 comel..hobi lya mcm2 kot susah nak dikategorikan sbb byk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, Lya org ketiga yg perasan..hahaha

      kan..? biru mmg cantik laaaa!! :D

      Delete
  5. saya sgt minat main mekap2..dah nama pun MUA kan..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer cik sue main conteng-conteng muka sally ni :D

      Delete
  6. obses ni... hati2 dgn obses ni k....

    akk obses dgn food... susah nak benti...

    dah dengar lagu cant stop tu, akk n anak akk no 2 tu suka sgt dengar... jgn anak akk tu jadik k pop sudah..hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...sally takde la tahap obsess kak...

      baik obsess kat diri sendiri :P

      Delete
    2. best gila kan lagu tu..? tapi sally lagi suka lagu Diamond Girl :D

      Delete
  7. Setiap kali tengok doraemon je ingat akak. haha. :p
    Kite suka lagu Cant Stop tu. Hari-hari tengok video dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...signature akak la tu..hahaha ^_^

      best kan lagu dia..? :)

      Delete
  8. Obsesi ni boleh membuatkan hati gembira.. terinspirasi utk berjaya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tapi jgn sampai membelakangkan aqidah :D

      Delete
  9. Obses ni dikategori taksub... Dan dlm Islam x galakkan obses terlampau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tu kak...janji kita pandai kawal..tak semua obsesi tu bahaya...thank you ingatkan ^_^

      Delete
  10. kalau dah minat tu... takleh buat apa dah... terima je la... hehehe

    ReplyDelete
  11. zara noticed bila masuk blog sally mula2 ari tuu.. kaler blue, korean, doaremon.. ni mmg minat no.satuu agak nya ni.. muahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...ketara sangat je bunyinya ek..? hahaha :D

      Delete
  12. Amboi , saya pulak orang selalu ejek Winnie The Pooh . HUHU , sama saya pun suka warna biru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...mana dapat nama winnie tu ? :P

      Delete
  13. sally dan warna biru serta yong hwa tak dapat dipisahkan.. hehe.. akak pula minat kumpul buku-buku tulisan hm tuah.. ada tu akak beli tapi tak habis baca pun, akak suka gaya penulisannya yang santai dan mudah difahami.. yang penting ada mesej yang dia sampaikan kepada pembaca.. kalau penulisan panjang sangat akak tak suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...aduh! ketara sangat kak ye..hihi...banyak benda yang sally suka..tapi mgkn takde la seteruk sally suka kat 2 benda kat atas :D

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!