Kenapa memilih tenaga solar?

2:37:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments

Kalau bercakap tentang tenaga boleh baharu...rasanya ramai yang akan memilih untuk menggunakan tenaga solar sebagai alternatif...mungkin sebab tenaga solar percuma dan juga kerana matahari merupakan sumber tenaga terbesar yang kita peroleh daripada alam.
 
Credits : http://astronomieducation.blogspot.com/

Penjanaan tenaga elektrik daripada matahari bukanlah suatu perkara yang baru. Sejak tahun 50an teknologi tenaga solar sudah diterapkan, tetapi tidak mendapat sambutan meluas kerana manusia bergantung sumber minyak yang ketika itu masih banyak terutama di kawasan timur tengah.  Dalam era 80an dan 90an sumber-sumber minyak mula diperoleh secara paksaan atau melalui tawaran. Malah, para saintis juga telah membuktikan punca utama perubahan cuaca dunia adalah daripada pencemaran udara CO2 yang terhasil daripada kegiatan manusia dan penggunaan bahan api fosil.

Jom kita tengok antara sebab tenaga solar patut diberi perhatian:
  1. Bekalan tenaga tanpa had
    • Bumi menerima jumlah kuasa yang berterusan dan mampu digunakan oleh keseluruhan penduduk dunia.
  2. Kuasa solar ialah tenaga yang bersih.
    • Industri elektrik daripada bahan api fosil atau arang batu adalah sumber terbesar pencemaran udara dan pencemaran kini membawa kepada pelbagai jenis bencana alam dan juga penyakit kepada manusia.
  3. Mengurangkan kos dalam penggunaan bahan api fosil.
    • Disebabkan tenaga yang diperoleh daripada matahari adalah bersih dan juga percuma, ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kos penggunaan bahan api fosil.
    Gambar diatas adalah antara contoh lain kelebihan tenaga solar yang patut digunakan secara meluas di dunia...Malaysia kini masih dalam tempoh percubaan dan masih lagi perlu diperbaiki dan dinaik taraf supaya Malaysia mampu seiring dengan negara lain yang sudah lama bertapak dalam bidang teknologi penggunaan tenaga solar...Setiap yang baik pasti ada sedikit keburukkan, antaranya:
    Credits : http://seronoknyasains.blogspot.com/
    Tapi kan...setiap benda yang baik tu ada harganya kan...apa salahnya kalau kita cuba cari alternatif untuk masa depan yang lebih terjamin..tak salah kalau kita cuba untuk mencari kelainan dan berubah demi masa depan yang lebih terjamin...Kalau sekarang pun dah banyak pencemaran yang berlaku, bencana alam yang kebanyakkan nya berpunca daripada manusia sendiri...bagaimana dengan masa depan anak cucu kita kan..?
    Laman web rasmi SEDA : http://seda.gov.my/ 
    Pihak SEDA Malaysia adalah sebuah badan yang menguruskan Feed-In Tariff (FiT) di Malaysia...Mereka mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisma FiT yang termaktub di bawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725]. FiT membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber-sumber tenaga boleh baharu untuk dijual kepada utiliti kuasa (TNB, SESB & NUR Distributions Sdn. Bhd.) pada harga premium tetap untuk tempoh yang khusus dan ditentukan oleh jenis tenaga boleh baharu contohnya tenaga solar.

    Jom kita berubah..? Semoga penerangan tentang tenaga solar ni sedikit sebanyak dapat membantu korang semua berfikir dengan lebih dalam tentang tenaga boleh baharu...lain kali sally share cara nak jimatkan tenaga elektrik pulak, okay..??

You Might Also Like

14 comments:

  1. Nuklear mampu jana tenaga yang banyak dalam jumlah yang sikit tapi sayangnya malaysia tiada kuasa untuk jana nuklear ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak susah sebab bila kita jalankan sistem nuklear...negara lain akan terjejas...

      Delete
  2. bagus ada alternatif mcm nie kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lya...sebab bahan api yg ada sekarang tak byk...

      Delete
  3. bila kena pk idea project je, semuanya pakat nak buat guna tenaga solar... tapi, satu panel solar yang kecil tu, dah berapa harganya.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. solar panel tu mmg mahal sebenarnya..huhu

      Delete
  4. negara kita beriklim khatulistiwa yang mempunyai cuaca panas (cahaya matahari) yang mencukupi untuk penghasilan tenaga solar.. tenaga lain seperti gas asli dan petroleum akan habis pada suatu masa nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...pasal tu kerajaan cuba nak menarik minat rakyat utk guna tenaga boleh baharu :)

      Delete
  5. tenaga solar bagus sebagai alternatif, tapi harga mahal kann???

    ReplyDelete
    Replies
    1. every new technology comes with a price kak..huhuhu :D

      Delete
  6. tenaga solar bagus hehe...boleh jimat duit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Farid...so, baik kita mula dari sekarang

      Delete
  7. Manfaatkn tenaga alam semula jadi.. pasti dunia lebih aman.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi-lagi kalau tenaga tu jenis boleh baharu :D

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!