Feed-In Tariff (FiT) di Malaysia, relevan ke..?

3:30:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments

Macam yang sally janji dalam entry Solar Farm milik Kumpulan Melaka Berhad (KMB)... hari ni sally akan bercerita tentang Feed-In Tariff atau singkatannya (FiT). FiT merupakan pemangkin kepada tenaga boleh baharu (TBB) dan juga mengurangkan penghasilan karbon dioksida (CO2) yang mana tidak baik untuk alam sekitar. 

Kesan yang paling ketara akibat penghasilan (CO2) dan sedang hangat diperkatakan oleh dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.

Dan apa pula kaitan antara FiT dengan tenaga boleh baharu di Malaysia?

credit : http://ecoideal.com.my
 Tak faham pun gambar tu kan..? hahaha...meh sally nak kasi tau meh...


Pun tak faham jugak kan...? hehehe...ok, kali ni serius ek...serius! *muka serius sikit

FiT membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui untuk dijual kepada utiliti kuasa (TNB, SESB & NUR Distributions Sdn. Bhd.)
 ) pada harga premium tetap untuk tempoh yang khusus dan ditentukan oleh jenis tenaga boleh diperbaharui contohnya tenaga solar. Dalam erti kata lain, kita menjadi pengeluar tenaga elektrik dan kita akan dibayar. Contohnya sekarang kita dapat bekalan elektrik daripada TNB kan..? dan setiap hujung/awal bulan kita akan bayar bil. Sama la kaedahnya dengan FiT cuma bezanya sekarang...kita ialah pengeluar dan TNB , SESB & NUR pula yang akan bayar kita.

http://ahmadfaizal.com/wp-content/uploads/2013/11/RE-fund-1-peratus.png
Credit : http://ahmadfaizal.com
 Tapi apa pulak kaitan antara FiT dengan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang diambil dalam bil elektrik bagi mereka yang menggunakan elektrik lebih daripada RM77 keatas sebulan...kemana disalurkan dana tersebut? dan kenapa perlu ada kenaikkan daripada 1% kepada 1.6%..?


Dana wang tenaga boleh baharu ini diuruskan oleh pihak SEDA Malaysia yang mana cuba untuk mengadakan lebih kuota untuk untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menjana elektrik mereka sendiri, disamping penggunaan dirumah, mereka juga boleh menjual kepada pihak TNB. Di bawah skim ini, penjana tenaga boleh baharu akan dibayar jumlah mengikut sistem mereka dan juga tenaga yang telah dihasilkan.

 Untuk memohon FiT, Malaysia memerlukan kuota yang diluluskan oleh pihak SEDA Malaysia. Mesti korang rasa bagus kan ada teknologi ni..? tapi pemasangannya tak kurang mahal juga sebenarnya...sebab tu jugak la...kuota di Malaysia ni sikit sangat dan memerlukan masa untuk memohon tapi korang tau tak..? once kita dah install FiT ni...kita sebenarnya tengah menjalankan pelaburan dalam jangka masa panjang..?

FiT adalah untuk memberikan kita keuntungan bukan sahaja untuk membayar kos pemasangan, tetapi untuk membuat keuntungan dan juga untuk membuat pelaburan jangka panjang. Tujuannya adalah untuk memberi ganjaran kepada kita setiap kali kita menjana tenaga elektrik. Pembekal elektrik kita akan membayar kita jumlah tertentu setiap kWj elektrik kita jana.

Laman web SEDA Malaysia : http://seda.gov.my/

Dan kiranya dana wang tenaga boleh baharu yang diambil daripada bil elektrik kita ni disalurkan supaya boleh menambah kuota untuk mengadakan lebih banyak Feed-In Tariff di Malaysia...mungkin ramai yang marah dengan kenaikkan ni...sally pada awalnya pun macam tu...tapi kalau kita cekap menggunakan tenaga dirumah, dan dapat mengurangkan bil elektrik kita kurang daripada RM77 sebulan kita sebenarnya tak payah bayar pun kan...? betul tak..? kenapa sally berani cakap camni..? sebab rumah sally yang berkapasiti 3 orang yang TV on 24 jam pun dapat kurangkan bil as long as kita pandai gunakan tenaga tu sebaiknya. 

Korang boleh baca entry sally yang ni --> SEDA ke tak sedar..?

Dalam entry tu sally ada jugak terangkan cara nak jimatkan tenaga elektrik..hehehe...hopefully membantu! 

You Might Also Like

6 comments:

  1. bil sentiasa lbh RM 77 la sally ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai...kena cuba kurangkan penggunaan kak :)

      Delete
  2. terima kasih cik Sally. penerangan yg jelas dan padat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Gee...semoga bermanfaat hendaknya :)

      Delete
  3. alamak seciputnya TNB tolak. RM161, cuma dia tolak RM1.61 ajeee, akak ? Mcm hilang kesedaran je SEDA ni

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Terima kasih atas info ini

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!