Ciri-Ciri Orang Munafik.

8:30:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments

Lepas balik kerja, benda yang pertama sally buat...melayan kerenah ibu tengok cerita sinetron ...hahaha..bukan dia reti nak tengok cerita melayu...so, ada satu cerita kat Astro RIA 104 tajuk dia 
"Si Miskin Dan Si Kaya"
cerita ni mmg agak kelakar...sally selalu jugak tunggu nak tengok cerita ni day by day...semalam...sally dapat satu pengajaran daripada cerita ni seperti yg Ustaz dalam cerita tu bagi ceramah...

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
Hadith: 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah) .
  1. Apabila dia bercakap, dia berdusta
  2. Apabila dia berjanji, dia tidak tepati
  3. Apabila dia diberi amanah, dia khianati
  4. Apabila bertengkar, dia menidakkan kebenaran.
Pengajaran Hadith:
Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang munafik...subhanaAllah! Allahuakbar!!

HADITH SUMBER : JAKIM

You Might Also Like

18 comments:

  1. nampak macam simple je kan? tapi benda tu la yang akan jadikan kita golongan yang munafik..

    ReplyDelete
  2. Tq atas perkongsian ilmu ini. =)

    ReplyDelete
  3. mintak di jauhkan diri dari sifat macam tu. btw tq sally untuk BBF ke 250

    recent post : CNBLUE Jadi BBF ke 250

    ReplyDelete
  4. gud sharing..kdg kita tau,tapi buat2 lupa plk..

    ReplyDelete
  5. semoga kita semua tak tergolong dalam golongan orang yang munafik..

    ReplyDelete
  6. tq share ye sally.. utk peringatan kita semua..

    ReplyDelete
  7. Info yg sangat bagus..semoga sama2 kita mendapat manfaat daripadanya..=D

    ReplyDelete
  8. semoga kita dijauhi daripada jadi org munafik

    ReplyDelete
  9. semoga kita di jauhi dlm gologan munafik ...

    ReplyDelete
  10. salam jumaat sally, nice sharing... erm erm erm... jap...ada sesuatu untuk sally di sini...he he he...

    http://www.bubblynotes.com/2013/10/k-pop-kah-akak.html

    ReplyDelete
  11. jauhkan lah kita hendaknya dari terjebak ke golongan ini

    ReplyDelete
  12. mintak dijauhkan dr sifat2 dusta. :')

    ReplyDelete
  13. semoga kita tidak tergolong dalam golongan munafik ye

    ReplyDelete
  14. semoga kita tidak begitu dan dijauhi sifat munafik nie.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!