Snek yang mesra kulit.

Kita selalu suka makan..kadang tu bukan sebab lapar pun...cuma rasa teringin nak mengunyah...selalu kita akan ambil snek yang mudah dan ringan macam biskut, roti atau yang paling bahaya...makanan ringan macam jajan..hehehe...so, hari ni jom makan snek yang sihat dan mesra kulit!

Telur
Telur rebus sangat kaya dengan protein serta mudah dan cepat untuk disediakan pada bila-bila masa. Ia antara makanan terbaik yang sangat rendah kalori, tetapi pada masa yang sama sangat berkhasiat. Putih telur mengandungi protein, yang mana memudahkan pertumbuhan kolagen. Kolagen adalah penting untuk kesihatan kulit anda , kerana ia menggalakkan daya tahan pada kulit. Telur juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A yang bermanfaat untuk kulit dan pertumbuhan, serta vitamin E, yang menghalang pengoksidaan sel-sel dalam tubuh badan.



Buah strawberi & beri biru
Buah beri adalah makanan ringan yang sempurna pada siang hari atau waktu malam kerana ia mengandungi sejumlah besar vitamin C, yang mana pengantioksidaan semulajadi terbesar. Buah strawberi sangat menakjubkan kerana mereka membantu kulit menjadi lembut dan licin. Selain itu, ia juga mengandungi asid salisilik, yang mana sesuai untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat serta boleh mencerahkan pigmentasi kulit. Makan strawberi segar juga akan memutihkan gigi anda dan mengekalkan nafas segar.

Coklat gelap
Mmmm ... Snek lazat ini meningkatkan tekstur dan rupa kulit anda, dan juga menyumbang dalam perlindungan daripada sinaran matahari. Kajian telah menunjukkan bahawa coklat gelap membantu kita untuk mempunyai kulit licin dan lembap. Koko sangat tinggi dalam antioksidan, yang mana juga bertanggungjawab untuk mempunyai kulit yang berseri.

Kekacang
Diet yang sihat dan seimbang mengandungi kekacang mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kedutan dan mengurangkan garis-garis halus di muka. Kacang 'walnut', badam, 'pistachio' dan kacang hazel sangat kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang baik untuk kesihatan kulit anda. Kekacang juga baik dalam mencegah beberapa penyakit seperti kanser atau penyakit kencing manis .

Keledek
Keledek kaya dengan sumber vitamin C dan vitamin A, yang penting untuk kulit yang sihat dan berseri. Vitamin A membantu pembaharuan sel-sel dan melambatkan proses penuaan. Jadikan keledek sebagai snek harian, ia pasti akan membantu anda untuk mencapai kulit yang hebat, licin dan berseri.

Post a Comment

12 Comments

  1. thanks sharing info nie..amat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. mesra kulit hehe.. nak tergelak plak.. kak suka makan kekacang tuu.. soo yummy !

    ReplyDelete
  3. eh keledek tu kegemran rival sally! patut kulit dia licin

    ReplyDelete
  4. @Lieya Von Jay tau xpe...hahaha...untung la Yong Hwa pilih yg cantik je... :(

    ReplyDelete
  5. wah... mesra gitu... boleh cuba dan wajib cuba..

    ReplyDelete
  6. sedapnye semua makanan tu sally
    nice sharing
    makanan berkhasiat ni..yummeh
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  7. semua makanan tu pha is suka..

    ReplyDelete
  8. haha sume sedap tapi x de kat kedai biasa yg dekat ngan rumah (kecuali telur and kacang) akhirnya kecundang makan mee maggie kari :p

    ReplyDelete
  9. didiey xsuka kekacang...tp suka strawberi dgn dark choc..nyum nyum!!!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!