RESEPI : Sotong goreng kunyit dengan kacang panjang .

9:55:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments


Masak apa tu hari ni...?

Sally mmg suka makan sotong berbanding ketam dan udang, jadinya harini Sally nak kongsikan dengan korang satu resepi yang mudah kalau korang malas nak masak sambal.



Bahan-bahannya:
1. 5-6 ekor sotong (potong kecik-kecik)
2. Kacang panjang (ikut la banyak mana nak,potong agak-agak panjang ibu jari )
3. 1 labu bawang besar ( di potong )
4. 2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
5. 6 biji cili padi ( tumbuk sampai lumat )
6. 1 sudu makan sos tiram
7. sedikit garam
8. sedikit serbuk kunyit.

Kan senang tuh bahan-bahan dia...semua ade dalam peti ais kan...kalau x de pun mungkin kacang panajng...alaaa...g la abeli kat kedai runcit depan umahh nuuu...eheee ~ Next step , cara nak masak ! jom!

1. gaulkan sotong serbuk kunyit ,sos tiram,garam dan perap antara setengah jam.
2. panaskan minyak dan goreng sotong sehingga garing.
3. ketepikan sotong tadi.
4. masukkan bawang besar,bawang putih dan cili, goreng sehingga naik bau kemudian masuk kacang panjang.
5. goreng sehingga kacang layu,campurkan sotong yang dah goreng tadi dan angkat boleh dihidangkan.. jangan goreng lama-lama,nnt sotong jadi kenyal and keras pulak..

Senang je kan nak masaknya...jangan lupa cuba dan rasai sendiri sedapnya air tangan kita.

You Might Also Like

3 comments:

  1. macamana nak ingat resipi kalau duk dapur? ad tips ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahhaha...@trah zain, kalau susah2...siapkan barg2 dulu...baru start masak...hahahha...xpon print resepi...tepek dekat tmpat masak tuh..hihihi

      Delete
  2. nieza tak suke letak tiram..nieza letak serai pastu letak rempah gulai cap rose sikit... sedap :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!