Individu berbadan besar tak dinafikan kadang kala susah untuk mencari pakaian yang sesuai, jumpa yang cantik tapi tak ada saiz dan setiap satu bahagian badan juga berbeza, ada yang besar di bahagian atas, ada juga di bahagian bawah.
Geng plussize jangan risau sbb AEON Malaysia telah berkolaborasi dengan artis terkenal Malaysia, Izzati Suza untuk meraikan kepositifan badan dan keterangkuman melalui fesyen. Kerjasama ini menyerlahkan keindahan dan kepelbagaian dengan menawarkan rangkaian pakaian yang bergaya dan diselitkan seni yang direka untuk jenis badan bersaiz besar, menekankan bahawa kecantikan terdapat dalam setiap saiz.
Kolaborasi ini menekankan mesej bahawa "Setiap Saiz adalah Cantik", menggalakkan wanita untuk mencintai diri dan berkeyakinan melalui fesyen, usah takut dan bersembunyi disebalik pakaian hitam sepanjang masa dan boleh menikmati pakaian yang bergaya dan sesuai.
Sebagai seorang yang berbadan besar, jujur kata Sally memang seronok sangat bila berjalan dekat mall dan ada baju yang boleh Sally beli. Kalau dahulu, nak cari pakaian yang sesuai memang takkan ada dan semua terpaksa dibeli secara online.
KOLABORASI IZZATI SUZA DAN AEON MALAYSIA
Koleksi ini diilhamkan oleh pendekatan artistik tersendiri Izzati Suza, yang menggabungkan warna berani, watak yang ceria dan motif budaya. Reka bentuk ini bertujuan untuk memperkasakan pemakai dan menggabungkan keselesaan dengan gaya. Mana taknya, setiap satu koleksi ini membawakan nostalgia zaman kanak-kanak dahulu, mencerminkan gaya artistik yang unik, diselitkan dengan jenaka dan unsur budaya Malaysia.
Selain itu, koleksi ini juga tersedia dalam pelbagai saiz, bagi memastikan semua orang, tanpa mengira bentuk atau saiz badan, dapat bergaya dengan selesa. Kolaborasi ini adalah keluaran edisi terhad, menjadikan ianya sangat dicari oleh peminat fesyen dan seni, terutama peminat Izzati Suza.
Sally sendiri terus grab 2 helai long sleeve pullover bila dapat tahu ada saiz yang sesuai untuk Sally. Siap dapat potret yang di lukis oleh Izzati Suza tau sebab menjadi antara 20 orang terawal yang membeli koleksi terbaru ini.
Untuk koleksi ini, korang kena jangkakan warna terang, corak yang berani dan reka bentuk jenaka dan "nakal" yang sangat menonjol. Jadi kepada yang bersaiz bermula dari UK14 hingga UK24 atau 3XL hingga 8XL, harus dapatkan koleksi ini.
Koleksi pluscollection Izzati Suza x AEON Malaysia telah tersedia di 30 kedai AEON terpilih di seluruh negara (kecuali Metro Prima, AU2, Stesen 18 Ipoh, Taiping dan Falim) bermula 7 September 2024. Jangan takut untuk berasa yakin dan mengekspresikan diri melalui fesyen, sebab "EVERY SIZE IS BEAUTIFUL!".
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.aeongroupmalaysia.com
• Facebook: AEON Retail Malaysia
• Instagram: AEON Retail Malaysia
• TikTok: AEON Retail Malaysia
Izzati Suza:
• www.kedaisuza.com
• www.instagram.com/izzatisuza
2 Comments
Izzati suza ni mmng senang betul nak kenal dia punya art. Suka masa dia collabrate dgn zus dulu. Cantik2 design baju n warna pun ceria!
ReplyDeleteKannn...akak ada t-shirt dia collab dgn Yeos, yg ZUS tu pun ada...hahaha...tetiba macam fans pulak hahaha...padahal sbb koleksi dia semua best!!
DeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!