32 Jenama Dari Taiwan, 60 Produk Berkualiti, 70 Mini ‘Fu Bears’ Yang Mesra Alam dan 4 Selebriti Menanti Anda
The "Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024" kini berlangsung di One Utama, ditemani lima maskot beruang “Taiwan Excellence Fu Bear” yang comel.
Dilancarkan oleh Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (TITA), dan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) pada Khamis, 13 Jun 2024, majlis pelancaran "Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024" dihadiri oleh lebih daripada 150 tetamu dan wakil media tempatan di Centre Court Concourse, aras G One Utama.
"Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024" memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai dan memahami produk-produk inovatif dan berkualiti dari Taiwan. Sebanyak 32 jenama dari Taiwan menyertai "Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024", mempamerkan 60 produk premium. Ini merupakan peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding tahun lepas, yang menandakan pengaruh jenama Taiwan di pasaran Malaysia.
Timbalan wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Buu, menekankan hubungan ekonomi dan perdagangan yang erat antara Taiwan dan Malaysia. Tahun yang lalu, perdagangan Malaysia-Taiwan mencatatkan sebanyak USD 24.857 bilion. Sehingga September 2023, pelaburan Taiwan di Malaysia telah mencapai USD 600 juta. Ini menandakan peranan Taiwan sebagai pelabur terbesar ke-8 di Malaysia.
Kebanyakan jenama dari Taiwan membuat penampilan sulung mereka dalam acara ini berikutan hubungan perdagangan yang kukuh. Matlamat mereka adalah untuk mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan jenama mereka dan menjalin hubungan dengan ejen dan pengedar yang berpotensi agar dapat menembusi pasaran Malaysia.
• Mempamerkan AI dan Pasaran Kemampanan Hijau
Teknologi pintar yang diterajui AI dan kemampanan hijau adalah trend pembangunan utama dalam masyarakat pada masa ini. Pembangunan pesat di Malaysia telah membawa kepada peningkatan dalam permintaan untuk produk berinovasi yang mesra alam. Di samping itu, kerajaan Malaysia juga memberi penekanan kepada kemampanan dan teknologi hijau dalam belanjawan 2023 dan 2024, termasuk melanjutkan insentif cukai pelaburan teknologi hijau dan menambah baik skim pembiayaan teknologi hijau. Syarikat-syarikat digalakkan untuk melabur dalam Pembangunan mampan.
Pengarah Bahagian Ekonomi, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Chang, menyatakan bahawa TITA dan TAITRA akan melancarkan kempen "Go Green with Taiwan" tahun ini. Beliau menambah yang rakyat Malaysia dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan mengenai kemampanan alam sekitar atau ekonomi menggunakan produk dari Taiwan. Tiga cadangan terbaik akan berpeluang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat Taiwan, mempromosikan kerjasama dua hala dan memastikan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Pada tahun ini, tumpuan utama diberi kepada jenama yang memasarkan produk berinovasi yang diterajui AI dan teknologi mesra alam. Antaranya adalah Pemacu Keras Luaran Mesra Alam ADATA PCR, PC Hijau Mesra Alam Aspire Vero, Koleksi Baju Kitar Semula Atunas All Love, dan Oceanwave Eco-friendly Bodyguard. Selain itu, sektor teknologi pintar mempamerkan produk persidangan pintar IPEVO dan AVer, serta Sistem Pemantauan Pandangan Sisi Digital AI DSM Chimei Motor. Tumpuan ini menandakan komitmen terhadap inovasi, reka bentuk, kualiti, kecerdasan, dan amalan kelestarian alam sekitar yang diberi oleh Taiwan.
James Chang turut menyatakan bahawa melalui pengenalan dan promosi produk yang diterajui AI dan kelestarian hijau dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan memupuk pembangunan lestari yang akan memantapkan pertumbuhan ekonomi dan memanfaatkan alam sekitar.
Selain itu, selaras dengan prinsip kelestarian hijau, ‘Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024’ telah bekerjasama dengan pendidik dan pelajar dari Passion Maker Academy di Old Klang Road dalam menghasilkan 70 patung "Taiwan Excellence Fu Bears". Patung-patung yang berukuran satu kaki ini dibuat dari kertas mesra alam dan gam yang dihasilkan oleh akademi terlibat. Patung-patung yang diwarnakan oleh para pelajar dari sekolah khas untuk pelarian ini, mempunyai keunikan yang tersendiri.
Para pengunjung juga berpeluang membawa balik patung-patung ini pada harga RM 50 setiap patung. Kutipan ini akan disalurkan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan (SCAS & FT).
• Aktiviti Menarik Sempena Sambutan Hari Bapa
Pelbagai aktiviti yang menarik akan berlangsung dari 12 hingga 17 Jun sempena "Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024". Pengunjung dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat. Tambahan pula, dekorasi yang menceriakan dan penampilan patung ‘Taiwan Excellence Fu Bear’ pastinya menjadikan sambutan Hari Bapa teramat istimewa
Sorotan Acara:
1. Sesi Penyatupadanan Perniagaan B2B (12-14 Jun, 2 petang - 5 petang)
Sesi penyatupadanan perniagaan B2B untuk memperkenalkan jenama produk Taiwan kepada perniagaan tempatan dan meneroka peluang untuk berkerjasama.
Mereka yang berminat boleh mendaftar atas talian: https://taiwanexcellencewanderland.com/business-registration/ atau membuat janji temu dengan pekerja di "Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024" .
2. Sesi Bertemu Dengan Selebriti
Pengacara berita tempatan yang terkenal Owen Yap, artis serba boleh Thomas Kok, hos LiQiang, dan penyampai radio Wayne Phoo akan menghadiri majlis perasmian dan akan hadir pada hari tertentu sempena pameran ini. Mereka akan memperkenalkan produk Taiwan Excellence kegemaran mereka dan bertemu dengan orang ramai. Jadual seperti berikut:
Owen Yap
13.6.2024(Khamis) - 2pm - 3pm
LiQiang
15.6.2024(Sabtu) - 3pm - 4pm
Wayne Phoo
16.6.2024(Ahad) - 12pm - 1pm
Thomas Kok
16.6.2024(Ahad) - 2pm - 3pm
3. Tarian Flash Mob ”Taiwan Excellence Fu Bear" (Jun 12-17, 12.30pm & 5.30pm)
Sebagai duta “Wanderland”, "Taiwan Excellence Fu Bears" akan mewakili empat kategori utama untuk pameran ini iaitu; Elektronik & Komunikasi, Sukan & Rekreasi, Gaya Hidup & Kesejahteraan, dan Kelengkapan Rumah. Mereka akan membuat persembahan tarian flash mob pada waktu 12.30pm dan 5.30pm. Selain itu, mereka juga akan berinteraksi dengan orang ramai dan berkongsi detik kegembiraan.
4. Sesi Perkongsian Produk (12-17 Jun, 1 petang - 2 petang & 6 petang - 7 petang)
Orang ramai berpeluang untuk mengenali produk-produk dari jenama-jenama yang menyertai pameran ini. Selain berpeluang mencuba produk-produk ini, pengunjung juga boleh memenangi hadiah menarik.
"Taiwan Excellence Wanderland Pop-Up Store 2024" bukan hanya sekadar mempamerkan keunggulan produk dan jenama dari Taiwan tetapi juga menyebarkan kegembiraan. Kami mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai dan menerokai pameran “Taiwan Excellence”, dan meluangkan masa dengan patung ” Taiwan Excellence Fu Bear”.
Butiran Acara;
Tarikh: 12-17 Jun 2024
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: One Utama, Tingkat G, Centre Court Concourse
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari laman web rasmi: taiwanexcellencewanderland.com, Facebook: Taiwan Excellence (MY) atau Instagram: taiwanexcellencemy.
#TEWanderland2024 #TaiwanExcellenceMY #Taiwan #EverydayExcellence #PopUpStore
2 Comments
Taiwan sekarang ni memang betul-betul push promote negara dia ek.
ReplyDeleteaahhh sbb skrg dorang dah lebih Muslim Friendly kan...
DeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!