Moden dan Selesa, Lumira @ Eka Heights Projek Kediaman Idaman Terbaik

Lumira @ Eka Heights semestinya moden, selesa…dan sebuah kediaman dengan kawasan kejiranan yang selamat.


Lumira @ Eka Heights

Lumira @ Eka Heights merupakan satu lagi projek dibawah kelolaan Matrix Concept yang bakal mempunyai 3,620 unit kediaman dan 25 unit komersial, dalam kawasan yang terdiri daripada 10 presint yang akan dibina di kawasan pembangunan yang cukup terancang dan strategik, serta harga pasaran hartanah yang cukup berbaloi. Menariknya, fasa pertama projek kediaman Eka Heights mendapat sambutan yang hangat.


Bagi pelancaran fasa baharu, kawasan kediaman akan datang adalah Lumira iaitu rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,607 kaki persegi bersaiz 20’ x 70’ dengan 4 bilik tidur serta 3 bilik air, sememangnya sebuah kediaman yang sesuai untuk keluarga. Ruangan parkir juga muat untuk menempatkan sehingga 2 buah kereta.

Mengapa Lumira @ Eka Heights sangat sesuai untuk keluarga?


Kawasan Kejiranan Yang Tenang & Penuh Kehijauan

Eka Heights dikelilingi keindahan alam semula jadi yang menghijau serta pemandangan tasik yang menenangkan, terletak berdekatan dengan Taman Mageka yang berkeluasan 15.5 ekar dengan landskap yang unik, dengan sebuah tasik mengelilingi persekitaran semulajadi, trek joging serta pelbagai fasiliti yang menyokong gaya hidup yang sihat, ianya selari dengan salah satu usaha pemaju dalam menyokong kehidupan holistik dan memupuk gaya hidup sihat kepada pemilik kediaman di Eka Heights.


Projek ini menawarkan kawasan kediaman yang luas serta lengkap dengan fasiliti seperti tempat permainan kanak-kanak, Hammock Swing, Pebbles Seating, stesen gim, gelanggang bola keranjang dan pelbagai lagi. Eksklusif dengan tema muzik, di mana dek gitar telah direka untuk menyediakan pemandangan yang indah untuk bersiar-siar di taman ini.


Pelbagai Kemudahan Tersedia Berdekatan

Projek perumahan ini sangat hampir dengan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan penduduk, termasuk kemudahan komersil, hab pendidikan, d’Tempat Country Club serta X-Park Sendayan yang merupakan tempat aktiviti terbesar di Negeri Sembilan, berkeluasan 34 ekar yang menawarkan tarikan menarik untuk aktiviti bersama keluarga & rakan seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan pusat permainan golf. Sepang International Circuit serta Nilai Spring Golf & Country Club juga terletak berhampiran dengan kawasan ini.

Kawasan ini juga mudah akses bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah kerana berdekatan dengan banyak pilihan sekolah yang ada di kawasan berdekatan antaranya seperti SK Sendayan, SMK (Felda) Seri Sendayan, SMK Bandar Enstek, SJK (C) Tung Hua S2 Heights, SJK (T) Bandar Sri Sendayan, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan.

Kawasan berdekatan juga mempunyai Sekolah Global Matrix yang dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan luar negara. Ianya terdiri daripada Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pre School.

Hab komersial lain seperti Tiara Biz, Sendayan Metropark, Suriaman Biz dan Masjid Sri Sendayan yang juga terletak berdekatan dengan Eka Heights.


Untuk fasa di Lumira ini, sebanyak 193 unit bakal dijual dengan harga bermula dari RM 405,000. Semua perkhidmatan ini sudah tersedia dan bakal memudahkan penduduk yang membeli hartanah di Lumira @ Eka Heights. Tempah sekarang di www.ekaheights.com atau hubungi 1800 88 2688 untuk mendapatkan kediaman impian!

Matrix Concepts Holdings Berhad
Telefon: 1-800-88-2688
Instagram: @matrix_concepts
Facebook: Matrix Concepts Holdings Berhad


#Eka8A #EkaHeights #Lumira #FlexiLivingHomes #HomesofyourDream #EscapetoNature #MagekaPark #MatrixConcepts

Post a Comment

10 Comments

  1. I like the living environment here, very spacious and peaceful

    ReplyDelete
  2. Tempat ni memang best tuk kanak2, banyak tema dia

    ReplyDelete
  3. Cantik persekitaran sini n rumah2 pun sangat model n lengkap facilities

    ReplyDelete
  4. Dik, jom laa kita berjiran boleh kakak geng dengan ibu berkebun syok nih hehe :)

    ReplyDelete
  5. seronok laa berjiran ramai-ramai kat Lumira tu. Tempat rileks pun syok

    ReplyDelete
  6. Best kan rumah macam ni. Ada banyak kemudahan berdekatan. Persekitaran yang cantik dan selesa

    ReplyDelete
  7. Memang cantik2 la design rumah ni so leh la grab

    ReplyDelete
  8. design rumah dia lawo yee. suka tengok.

    ReplyDelete
  9. Terpikat jiwa Rawlins tengok layout yang luas dan moden. Kemudahan pula banyak dan dekat - sangat memudahkan la.

    ReplyDelete
  10. Suka rumah kat sini, cantik dan banyak kemudahan..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!