Bersantap Dengan Sajian Istimewa Sempena Hari Ibu dengan Legumes “Nyonya” Mother’s Day Buffet.

Bercakap tentang Legumes, sebuah jenama katering yang terkemuka di Malaysia, pasti ramai yang kenal dan sering mendengar tentang keenakkan menu-menu katering mereka dan kelainan yang selalu diketengahkan. Sempena dengan Sambutan Hari Ibu yang bakal tiba, Legumes mengadakan sebuah majlis di Fun Fun Event Space di Puchong. Majlis makan tengah hari ini turut memberikan gambaran awal mengenai Dining With The Queens, bufet makan malam yang akan diadakan selama 3 hari yang akan datang khusus untuk meraikan para ibu.


CEO & pengasas bersama Legumes, Ms. Siow Miqi, dan Pengarah Jualan, Mr. Earon Teh berkongsi kisah sejarah Legumes dan perkembangannya menjadi jenama katering yang terkenal serta inspirasi mereka untuk bufet Hari Ibu tahun ini. Selain itu, Mr. Earon Teh turut berkongsi projek-projek akan datang, termasuk rancangan untuk menyediakan katering kepada universiti dan institusi tempatan serta rangkaian baharu Legumes “Mini Buffet” yang sesuai untuk majlis yang lebih kecil, santai, dan peribadi. Beliau juga memperkenalkan logo dan aset jenama baharu yang mencerminkan usaha baru mereka.

Menambah keceriaan acara tersebut adalah demonstrasi memasak oleh COO & pengasas bersama, Mr. Kenneth Chua Wei Xian, dan Junior Sous Chef Legumes, Nur Aufa Athiya Binti Othman, di mana mereka mempamerkan pelbagai produk makanan syarikat. Chef Aufa menyediakan kotak makanan ringan yang sesuai untuk perhimpunan kecil, manakala Kenneth mempersembahkan hidangan tempatan kegemaran, Ayam Kong Pao dalam Bakul Keladi dengan bantuan Demi Chef, Chef James Ng Wen Jia. Sesi ini bukan sahaja mempamerkan kemahiran kuliner mereka tetapi juga menonjolkan kualiti dan kreativiti yang dibawa oleh Legumes ke meja makan.


Istimewanya, Legumes bukan sahaja menyediakan perkhidmatan katering biasa, bahkan mereka turut menampilkan Showcase "drop off catering" serta Bufet Tematik: Moonlight Oriental. Bufet tematik lain seperti "Great Gatsby" dan tema "Sunshine" juga mampu disediakan di Legumes.



Kami turut disertakan dalam pelbagai aktiviti, termasuk membuat bakul bunga DIY untuk ibu, dan permainan silang kata berkaitan acara Hari Ibu, serta pertandingan media sosial untuk berkongsi gambar yang diambil semasa acara bagi memenangi hadiah menarik. Mereka yang bertuah membawa pulang hadiah termasuk hamper kotak sayur yang disertakan dalam beg penyejuk LEGUMES yang cantik, dan tiga pemenang utama diberikan tiket ke bufet makan malam Dining With The Queens sempena Hari Ibu untuk 3 orang.


Dining With The Queens

Bufet makan malam Dining With The Queens sempena Hari Ibu akan diadakan dari 10 hingga 12 Mei, di Fun Fun Event Space. Tetamu akan dapat memilih dari pelbagai hidangan bertema Nyonya yang menarik, serta pelbagai pilihan pembuka selera dan pencuci mulut. Tiket berharga RM168 untuk dewasa dan RM88 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.


Selain meraikan para ibu, hasil daripada bufet ini akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Setiap sesi bufet makan malam juga disertakan permainan dan hadiah, menambah sentuhan keseronokan dan kejutan untuk ibu-ibu yang hadir.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan inisiatif Legumes, sila layari https://www.legumes.com.my/

Post a Comment

0 Comments