Aiman Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008. Aiman pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu, dengan lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3.
Aiman Sidek, penyanyi dan pencipta lagu ini berkata, “Hadiah Tuhan Paling Jelita merupakan karya yang sangat bermakna buat saya yang didedikasikan khas buat semua ibu-ibu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini. Bukan itu sahaja, Ibu, Emak atau Mama apa sahaja panggilan kita kepada mereka, merupakan individu yang telah memberi didikan dan kasih sayang sejak dari kecil seharusnya perlu terus dihargai hingga akhir hayat kita.”
“Lagu ini diinspirasikan ibu saya sendiri, Puan Rasmah Yusof sosok yang tidak pernah putus mendoakan kami adik-beradik, selain sentiasa memberikan nasihat dan pedoman kepada kami dalam menyusuri hidup ini sehingga kini. Inilah anugerah dari Allah kepada kami, Hadiah Tuhan Paling Jelita.”
Single terbaru ini akan menjadi salah sebuah lagu yang bakal ditampilkan dalam Album ketiga Aiman Sidek berjudul ‘Jiwa & Nyawa’, disokong oleh Kementerian Komunikasi melalui Mycreative Ventures dibawah program Dana Kandungan Digital.
Album yang akan dilancarkan tahun ini itu mengandungi 10 buah lagu, termasuk lagu-lagu yang pernah hits di media sosial, carta radio, saluran penstriman muzik seperti Cinta Sejati, Dirgantara (duet bersama Alin Sidek) serta lain-lain lagi.
“Hadiah Tuhan Paling Jelita diharap dapat menyentuh hati pendengar-pendengar, dalam terus menghargai seorang individu bergelar ibu, tidak kira yang masih ada ataupun yang telah pergi. Selamat Hari Ibu juga diucapkan kepada semua yang bergelar ibu di seluruh dunia,” menurut Penerbit Eksekutif 4U Entertainment, Meor Alfaizal dan Raja Azraff.
Muzik Video Hadiah Tuhan Paling Jelita
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!