Fine Coffee & Flowers; Menu Sedap Presentation Terbaik!


Fine Coffee & Flowers | Lama Sally tak cafe hunting sejak mula bekerja, kadang ada masa weekend pun sibuk nak siapkan task blog, social media dan lain-lain. Itu belum lagi tiba-tiba dapat order untuk the.cakesion.

Sally sebenarnya lama dah usha cafe ini dekat aplikasi GrabFood, tapi rasa macam tak sampai vibes dia kalau order makanan secara online...jadinya kebetulan masa cuti Labour Day yang lepas, Sally ajak Cici untuk pergi cafe hunting...Kebetulan jugak la cafe ini tak jauh pun daripada kawasan rumah, memang panjang la langkah nak terjah.


Masuk sahaja cafe, vibes dia memang sangat welcoming. Rasa selesa, lepas tu mata tertumpu dekat dekorasi sekitar yang penuh dengan bunga...dah kalau perempuan tu, nampak bunga je gembira. Totally in love with the cafe’s ambience!! Many cute and aesthetic decorations.

Sally berkongsi beberapa menu dengan Cici, disebabkan Sally agak kenyang masa tu jadi Sally cuba la Classic Scones (serve dengan cream & strawberry jam) & Taro Cake dia...Personally Sally agak "high expectation" dekat Taro Cake dia sebab I am a big fan of Taro, tapi sebab kek dia span macam kek murah, spoil sikit...Nasib baik Taro paste dia sedap dan kurang manis, jadi memang ngam la dengan selera.


Cici order Creamy Chicken Pasta, overall sedap tapi nothing fancy...Sally prefer dia guna penne atau spaghetti rather than guna fusilli...tapi ini preference Sally la kalau makan pasta...Maybe dia boleh buat choice of pasta ke kan? Sebagai perempuan yang suka pedas, I need a chilli flakes! HAHAHAHA

Menu croffle in antara menu baru rasanya dekat cafe ini, tak kedekut, portion wise memang sangat okay tapi sayang nak makan sebab cantik sangat 😂😂


Sally akan datang lagi? Why not sebab makanan dia quite okay plus ambience dia pun tak bising sangat...Mungkin lepas ini boleh cuba sourdough dia...Ramai jugak yang review Big Breakfast dia worth to try. Flat White Coffee dia pun pass dengan lidah Sally. Staff were helpful as well.


Address: C2-1, Jalan Ampang Utama, Ampang.
Opening hours: Open Everyday. 9 am – 6 pm.

Post a Comment

0 Comments