Ramadan 2024 | Juadah Kampung Buffet Dinner di The Federal Hotel Kuala Lumpur

Juadah Kampung Buffet Dinner di The Federal Hotel Kuala Lumpur | Seperti tahun-tahun lepas, Sally mmg tak pernah lepaskan peluang untuk ke The Federal Kuala Lumpur untuk berbuka puasa. Tahun ini bertemakan Juadah Kampung, bufet makan malam mereka menggabungkan pelbagai citarasa Timur bertemu Barat yang menarik.

Terdapat lebih 100 hidangan tradisional untuk dipilih antaranya kerabu, sambal, salad yang menyegarkan, makanan laut segar, BBQ, hidangan barat dan banyak lagi. Juadah mereka turut menampilkan resipi masakan Tunku dari Dapur Tunku milik Perdana Menteri pertama Malaysia; Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.



Peminat makanan laut yang segar boleh menikmati makanan laut seperti udang harimau, kupang, dan tiram. Sambal Ikan Bilis Sambal, Acar Rampai, Acar Buah, Tauhu Sumbat, Jelatah, Gado-Gado, Pasembur, Rojak Buah, Pegedil, Terung Bakar, Tempe Goreng Tepung, Sambal Bendi, Aneka Ulaman, Aneka Ikan Masin antara menu pembuka selera yang ditampilkan di The Federal Hotel Kuala Lumpur.





Di bahagian BBQ, kita bakal disajikan dengan Salmon Bakar dengan Sayur-sayuran, Kambing Bakar, Kentang Bakar bersama dengan Pes Sayuran Sos Lada Hitam, Sos Pudina, Sos Rosemary dan Sate Daging dan Sate Ayam.

Paling favorite semestinya stesen gorengan yang menyajikan Paru Goreng, Udang Goreng, Ketam Goreng, Otak-Otak, Chicken Wing,Sotong dan juga Burung Puyuh Goreng.



 

Menu viral antaranya Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Lamb Shank Masala, Daging Rendang Tok, dan Kari Kepala Ikan bersama Bendi. Percayalah semua menu dekat sini memang sedap dan berbaloi. Peminat Sup kena cuba Sup Ayam Berempah, Gear Box, Tulang Rawan, Kambing,dan ekor. Makan sampai puas.



Sally cuba juga Nasi Ayam bersama dengan Ayam Bakar dan Itik Bakar. Si gerai nostalgia ada juga disediakan Lemang, Ketupat, Lemang Pulut Hitam, Pulut Kuning...bolehlah layan macam makan di pagi raya. Roti Murtabak, Roti Jala, Roti Naan, Roti Boom, disajikan dengan Kari Ayam dan Kuah Dhal.

Untuk lauk pauk, ianya saling berganti setiap hari;

Menu 1
Nasi Putih, Daging Kicap bersama Kacang Panjang, Puyuh Goreng Sambal, Udang Berlada, Asam Pedas Ekor Lembu, KentangMasala, Grill Lamb Cutlet with Black Pepper Sauce, Braised Bean Curd with Seafood, Kupang Masak Lemak, Fried Sotong with Cili dan Spaghetti Napolitan.

Menu 2
Nasi Putih, Sayur Campur Sos Tiram, Ayam Goreng Berempah, Pari Asam Pedas, Terung Berlada, Ikan Masam Manis, Kupang Bakar Sos Herba Tomato, Lasagna, Spaghetti Cabonara Hiris Ayam, Kerang Pedas Telur Masin, Sotong Compo

Menu 3
Nasi Putih, Spaghetti Bolognaise, Ketam Tumis Cili, Sotong Goreng Kunyit, Kerang Masak Lemak Cili Api, Daging Dendeng, Ayam Kapitan, Labu Bakar dengan Herba Provencal, Loh Hon Chai, Rendang Kerang, Bendi Berlada

HIDANGAN KEGEMARAN DARI BUKU MASAK DAPUR TUNKU

Menu 1 - Ayam Kari Siam, Daging Pedas, Pajeri Nenas
Menu 2 - Daging Masak Kicap, Ketam Masak Lemak, Ikan Kembung Goreng Serai
Menu 3 - Tauhu Tempe Ikan Bilis, Ayam Masak Kuning, Sambal Sotong

PEMANIS MULUT

Kuih Karas, Kuih Cakar Ayam, Kuih Bakar, Kuih Sepet, Kuih Tart Nenas, Samprit, Aneka Dodol, Tin Biskut, Aneka Kuih Melayu, Aneka Puding, Aneka French Pastry, Aneka Whole Cake, Aneka Mini Tart, Jelly in Glass, Aiskrim, ABC, Buah Campuran serta Chocolate Fountain.



Surau juga disediakan bagi umat Islam menunaikan solat Maghrib dan Isya'.

💰 Harga bufet;
Dewasa RM168 nett
Kanak-kanak RM68 nett (4-12 tahun)

Bufet Makan Malam sempena Ramadan akan bermula dr 15 Mac - 8 April 2024 (7.00 - 9.30pm)

Untuk tempahan boleh WhatsApp ke 018-3712080 atau hubungi 03-21489166
Facebook: https://www.facebook.com/kontiki.thefederalkl
Instagram: https://www.instagram.com/kontiki.thefederalkl/

💭 Bufet tahun ini akan di adakan di Mezzanine Level (ballroom) kerana Restoran Kontiki masih dalam proses renovasi.

Post a Comment

0 Comments