Izara @ Bayu Sutera - Smart Home Tepi Tasik Di Seremban

Mempunyai kediaman sendiri merupakan antara impian semua termasuklah Sally sendiri…Bila dapat tau ada projek perumahan pintar atau smart home di Seremban, Sally teruja ya nak tahu. Izara @ Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban merupakan sebuah kediaman yang terbaik dari segala segi, antaranya keselamatan, kemudahan asas, kejiranan yang mesra, jalan perhubungan yang lengkap dan pelbagai lagi.


Kenapa Izara @ Bayu Sutera Pilihan Utama Sally?

Izara @ Bayu Sutera berstatus hartanah milik bebas dengan keluasan saiz lot 20’ x 70’ (intermediate) dan binaan 2,315 kaki persegi (intermediate). Rumah teres dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air serta mempunyai pagar keselamatan yang tinggi dan pos pengawal yang beroperasi 24 jam. Sebuah kediaman yang diyakini selamat.


Menambah lagi kepada tahap keselamatan, ciri rumah pintar (Smart Home) seperti kunci digital antara yang menarik perhatian. Izara @ Bayu Sutera turut dilengkapi dengan modul pencahayaan, blaster IR penyaman udara dan juga kawalan suara. Sememangnya lengkap sebagai sebuah kediaman yang versatil.



Melengkapi lagi kawasan sekitar Izara @ Bayu Sutera, terdapat kemudahan seperti taman dengan keindahan tasik berkeluasan 3 ekar merangkumi kemudahan seperti laluan untuk berjoging, parcourse, dek plaza, aktiviti air dan lain-lain lagi. Pemilik kediaman bakal menikmati kemudahan seperti taman permainan, gelanggang badminton, laluan dengan batu refleksologi dan pelbagai lagi.



Pemilik kediaman akan mendapat keahlian d’Tempat Country Club secara percuma. d’Tempat Country Club dilengkapi kemudahan seperti kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, pusat boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, badminton, pingpong dan skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, spa, bar dan juga kafe.


Kawasan berdekatan juga mempunyai Sekolah Global Matrix yang dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina yang unik mengikut gaya klasik Sekolah Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan luar negara. Ianya terdiri daripada Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pre School.


Sendayan Merchant Square, yang mempunyai 163 unit kedai dan pejabat dalam kawasan Carnelian Park. Ia juga turut dibina sebuah taman awam yang ditubuhkan oleh pemaju dengan 6.4 ekar tanah untuk beriadah dan pada masa hadapan, pusat membeli-belah akan dibina.


Selain itu, X-Park Sendayan yang merupakan tempat aktiviti terbesar di Negeri Sembilan, berkeluasan 34 ekar menawarkan tarikan menarik untuk aktiviti bersama keluarga & rakan seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan pusat permainan golf.


Projek perumahan ini sangat hampir dengan segala-galanya yang memenuhi keperluan penduduk, termasuk pelbagai kemudahan runcit, hab pendidikan, d’Tempat Country Club, X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dan banyak lagi.

Semua perkhidmatan ini sudah tersedia dan bakal memudahkan penduduk yang membeli hartanah di Izara @ Bayu Sutera. Tempah sekarang untuk mendapatkan kediaman impian!

‘Gempak Raya Bonanza’

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, bakal pemilik kediaman Izara @ Bayu Sutera berhak mendapat rebat tambahan RM10,000 serta penjimatan sehingga RM74,000 dalam kempen ‘Gempak Raya Bonanza’ yang bermula dari 23 Mac sehingga 12 Mei 2024.


Untuk maklumat lanjut tentang Izara @ Bayu Sutera, layari laman sesawang www.izara2.bayusutera.com

Matrix Concepts Holdings Berhad
Telefon: 1-800-88-2688
Instagram: @matrix_concepts
Facebook: @matrixconceptshomes

#BayuSutera #Izara #BandarSriSendayan #LakeSideResidences #SmartHome #GempakRayaBonanza #BSSDevelopment

Post a Comment

6 Comments

  1. Cantiknyaaaa rumah. Dekat pula tu dengan macam macam kemudahan 😍

    ReplyDelete
  2. Menarik ni klu tinggal kat Seremban rasanya dah beli ni.. untung orang Nogeri…

    ReplyDelete
  3. Menarik ni… untung orang Nogeri bole tempah rumah pintar macam ni…

    ReplyDelete

  4. Lumayan jugak ganjaran die, best kalau dapat 10k tu

    ReplyDelete
  5. Best kalau dapat beli rumah tepi tasik kan. Lokasi pun strategik

    ReplyDelete
  6. sesuai sangat yang berangan nak cari landed property atau rumah pertama projek ni :)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!