Bufet Ramadan 2024 | Restoran Rebung Chef Ismail Bawakan Tema "Ceq Lapaq Nasik La!"

Restoran Rebung Chef Ismail sememangnya menjadi pilihan masakan asli Melayu setiap kali Ramadan menjelma. Untuk Ramadan 2024, Restoran Rebung Chef Ismail membawakan tema "Ceq Lapaq Nasik La!". Nasi sejak azali telah menjadi makanan ruji masyarakat Melayu, termasuklah ketika berbuka puasa juga.

Ruang makan mereka mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa. Terdapat juga bilik-bilik seperti Orange Room untuk 10-12 orang, Blue Room berkapasiti 15-18 orang, Red Room berkapasiti 60-80 orang, Green Room berkapasiti 90-110 orang, Stage Area berkapasiti 110-130 orang, Yellow Room berkapasiti 45 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 60-80 orang.

Jangan risau sebab Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa, jadinya boleh makan dengan tenang selepas menunaikan solat Maghrib. Restoran ini juga mempunyai lif dan semestinya mesra OKU.

Ruang parkir juga luas, boleh memuatkan sehingga 460 buah kereta dengan kadar RM 4.40 (termasuk 6% SST) sekali masuk.



Untuk tema tahun ini, mereka menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui antaranya Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut.




Disamping itu, hidangan-hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut. Dekat sini kita boleh makan dodol asli yang fresh dan juga kuih muih yang dibuat secara live dihadapan kita seperti Roti Jala dan Kuih Buah Melaka.



Pakej Bufet Ramadan Restoran Rebung, KL 2024 akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024.

Tempahan : 03 2276 3535/2525
Facebook : Restoran Rebung Chef Ismail Instagram :rebung_taman_botani
Tiktok : restoranrebung
Waze : Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Harga bufet pada tahun ini ialah Dewasa : RM 99 nett Kanak-kanak : RM 69 nett (umur 5-12 tahun)

Seperti kebiasaan, sambil kita menjamu selera, kita akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.


Cawangan ke-2 di Putrajaya.

Cawangan kedua Restoran Rebung akan mula beroperasi pada pada 1 Mac 2024. Restoran ini bertempat di Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang, Presint 5, menghadap tasik. Restoran disini menggabungkan konsep klasik dan moden, membuatkan ia berlainan dengan cawangan di Kuala Lumpur. Restoran ini dijangkakan mampu menerima tempahan sehingga 300 orang, disamping memiliki 3 bilik private, meeting room dan studio memasak. Parking awam juga ada disediakan untuk kenderaan ringan dan juga bas.

Post a Comment

0 Comments