Malaysia Lokasi Pertama Ultra Heroes Tour South Eash Asia 2023

JUMPA ULTRAMAN BLAZAR DI ‘JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES’



Peminat kepada siri Ultraman semestinya tahu, tahun ini sekali lagi Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) yang sedang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya, seperti jelajah Asia Tenggara yang pertama tahun lalu.

Peminat dan pengumpul koleksi semestinya sangat teruja, semasa jelajah ini kita bakal bertemu Ultra hero terbaharu, ULTRAMAN BLAZAR. Pasti ramai teruja untuk bersemuka dengan patung ‘ULTRAMAN BLAZAR’ bersaiz manusia yang diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’. Usah lepaskan peluang untuk bergambar bersama hero gagah setinggi 2 meter ini, yang dijangka akan menjadi tumpuan ramai!



JELAJAH ULTRA HEROES dibawakan oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah jenama naungannya, Tamashii Nations.

Apa nak buat di sini?



Haaa! Pertama sekali mestilah kena tonton persembahan yang mengagumkan dengan aksi-aksi sinematik yang mengujakan, antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN (The Magma Invasion Army Admiral). Teruja kan? Jadi pastikan korang hadir di setiap pertunjukan ulangan yang akan diadakan pada setiap hujung minggu 2hb - 3hb, 9hb - 10hb Disember pada pukul 1pm, 4pm dan 7pm utk setiap tarikh. (*Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.) Ada juga tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang mendukung watak Gento Hiruma dalam ULTRAMAN BLAZAR.



Selain itu, ada IP popular lain yang ekslusif seperti "One Piece", "Sailormoon", "Dragon Ball", "Saint Cloth Myth Ex", "Naruto", "MASHLE", "Hell's Paradise" dan pelbagai lagi. Untuk peminat setia anime dan figura, Tamashii Nations juga akan membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara ini iaitu ‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO - Clear Color ver.’, ‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’ dan ‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion - Exclusive Edition’. ‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’ juga boleh diperolehi di sini.



Peminat dan pengumpul koleksi Tamashii Nations berpeluang untuk membeli barangan eksklusif yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. Caranya mudah sahaja, buat pre-order di kaunter jualan istimewa, dan bawa pulang! Tak payah susah-susah nak terbang ke Jepun untuk memilikinya.

Selepas jelajah di Malaysia, ULTRA HEROES dijadualkan akan ke kota Asia Tenggara lain termasuklah di Thailand dan Indonesia untuk bertemu peminat di sana! Boleh layari laman Facebook rasmi ‘Tamashii Nations South Asia’ untuk mendapatkan makluman terkini.

Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga. Waktu operasi adalah dari 10 pagi – 10 malam setiap hari.

#UltraHeroesTourSouthEastAsia2023 #UltramanBlazar #TamashiiNations

Mengenai TAMASHII NATIONS

Berpangkalan di Tokyo, Jepun, TAMASHII NATIONS adalah jenama barangan koleksi premium daripada Bandai yang berdedikasi untuk mencipta figura-figura berkualiti tinggi. Jenama-jenama di bawahnya termasuk METAL BUILD, S.H.Figuarts, Soul of Chogokin dan The Robot Spirits.

Laman rasmi Facebook “Tamashii Nations South Asia” - www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia

Jabatan Koleksi Mainan rasmi BANDAI SPIRITS Co. Ltd. - https://tamashii.jp/

Mengenai PREMIUM BANDAI

PREMIUM BANDAl adalah gedung dalam talian rasmi BANDAI yang hanya menyediakan koleksi-koleksi edisi eksklusif, terhad dan perlu ditempah awal. Sepanjang acara, item-item eksklusif Ultraman yang hanya dijual secara dalam talian juga akan ditawarkan di PREMIUM BANDAI.

Gedung rasmi PREMIUM BANDAI di Shopee Mall - shopee.com.my/p_bandai.os
Laman rasmi Facebook “PREMIUM BANDAI Asia” - www.facebook.com/pbandai.asia

Mengenai ULTRAMAN BLAZAR

Inilah watak Ultraman yang dimainkan oleh Gento Hiruma. Si gagah Giant of Light (Gergasi Cahaya) ini berasal dari M421, sebuah blazar yang jauh dari Bumi. Apabila Gento mahukan kuasa demi menegakkan keadilan, alat transformasi, Blazar Brace akan muncul di lengan kirinya. Sambil meresapkan keinginannya ke dalam kristal Blazer Stone, yang menyimpan kuasa cahaya, Gento kemudian memindahkannya ke Blazer Brace dan bertukar menjadi Ultraman Blazar.

Link: https://tsuburaya-prod.com/heroes/ultraman-blazar
Ketinggian: 47 meter
Berat: 42,000 tan

Post a Comment

0 Comments