Kai Hassan, Muka Baru di Suria FM!

Kai Hassan atau nama sebenar, Abdul Karim Hassan bakal memulakan tugas sebagai penyampai radio di Suria FM bermula 12 Disember 2023 (Selasa) dan nantikan ‘Muka Baru di Suria’ pada Selasa ini di mana beliau akan keudara bersama barisan penyampai di segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang, dan Suria Cinta.


Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), “Kemasukan Kai Hassan sebagai penyampai baru di Suria FM kami yakin akan membawa impak baru dan di peringkat awal ini, Kai akan diberikan pendedahan serta pengalaman untuk mengendalikan semua segmen utama di Suria FM, iaitu Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Diharapkan dengan kemasukan Kai Hassan sebagai antara tunggak utama barisan penyampai Suria FM, akan membawa impak lebih baik dan positif dalam mengukuhkan lagi pasukan kami di tahun 2024.”

DJ Lin turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kai diatas kesudian beliau untuk bergabung dan menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM sekaligus mengharapkan perubahan ini mampu meningkatkan lagi kualiti stesen radio Suria.

Jangan lupa saksikan Live TikTok ‘Muka Baru di Suria’, 12 Disember (Selasa) pada jam:
Morning Morning Suria - 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Gaya Suria - 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Suria Petang - 5.00 petang hingga 6.00 petang
Suria Cinta - 10.00 malam hingga 11.00 malam

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Post a Comment

0 Comments