SCENTIFY dari Enchanteur Membawakan Rangkaian Semburan Penyegar Fabrik dan Penyegar Kereta.

Sally rasa tak salah kalau Sally katakan yang selepas kita penat bekerja seharian, kediaman kita merupakan lokasi yang menjadi tujuan bagi merehatkan diri. Kediaman kita memainkan peranan yang besar dalam institusi kekeluargaan, tempat di mana kebanyakan memori indah yang dialami di dalam hidup kita tercipta, bak kata pepatah lama turun-temurun: “Rumahku Syurgaku”.

Selain aspek-aspek seperti keselesaan, kebersihan dan persekitaran, bauan juga turut berperanan besar dalam mentransformasi sesebuah kediaman menjadi sebuah syurga yang dilimpahi dengan keselesaan, menjadikan suasana kediaman lebih nyaman.



Berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah.

Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi anda, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang. Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia.

Hadir dalam dua format – Eau de Fabric dan Eau de Car – SCENTIFY
memberikan kediaman serta kenderaan kita sebuah simfoni haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, kayu-kayuan dan Kasturi — semuanya di adun secara eksklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur.



Dipakej di dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan, rangkaian semburan penyegar fabrik SCENTIFY Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain. Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria.

· SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml
RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruangan peribadi, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh daripada kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih.

· SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml
RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu.

· SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml
RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak)

Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah anda sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi.



Penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car dengan tiga variasi wangian yang tersendiri, boleh digunakan dengan dua cara; hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan atau gantungkannya pada cermin pandang belakang. Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau.



· SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml
RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi.

· SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml
RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar.



· SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml
RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

Dengan haruman yang akan membawa kita mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa kita menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan.

Jom kita harumkan kediaman dan kenderaan dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi mahupun dalam kenderaan. Rangkaian SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.

Post a Comment

5 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!