Dapatkan Rawatan Untuk Kulit Berjerawat di Klinik Dr Bazilah.

Sejak kena psoriasis, Sally memang agak sensitif sikit dengan penampilan diri. Ada orang sisik psoriasis di bahagian badan, ada di kaki, lengan dan macam-macam lagi, untuk kes Sally ada pada bahagian dahi dan kulit kepala.

Tak cukup dengan itu, selepas suntikan booster vaksin Covid-19, bahagian bawah muka Sally tiba-tiba naik ruam dan jerawat yang agak teruk, sangat teruk ya walaupun Sally dah gunakan pelitup muka yang untuk kulit sensitif. Tak tahu la efek booster atau efek mask-ne, tapi memang Sally jadi insecure nak pandang muka sendiri, apa lagi nak bertemu dengan orang, sampai la ke hari ini, kalau tak mekap memang rasa janggal.



Sebenarnya ada pelbagai punca yang menyebabkan masalah kulit berjerawat, semulajadinya kerana hormon dan juga aspek lain seperti penjagaan kulit wajah, iritasi produk sehinggalah kebersihan seharian kita. Masa zaman sekolah Sally memang tak ada masalah jerawat tapi menjengah umur 20-an barulah timbul masalah jerawat yang agak serius.

Sally memang tau yang keadaan kulit Sally memang sangat kering, terlalu kering sehingga menyebabkan kulit Sally jadi berminyak, bila berminyak jadi mudah jerawat naik, bila terlalu kering pula psoriasis. Walaupun selalu guna pelembap dan sunscreen, tapi masih ada banyak faktor yang menyebabkan kulit jadi kering.



Bukan tak pernah cuba produk penjagaan kulit dalam Malaysia ini, daripada yang mahal sampai la yang daripada luar negara pun pernah, tapi hampa, jadinya pilihan terakhir kita jumpa la dengan doktor. Sally sebenarnya terbaca tentang klinik untuk masalah jerawat Klinik Dr. Bazilah di Instagram, teruja juga la tengok testimoni mereka yang dah berjaya atasi masalah jerawat mereka.



Klinik Dr. Bazilah merupakan sebuah klinik yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyediakan rawatan untuk masalah kulit, kuku dan rambut. Jadi kalau ada masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat, pigmentasi atau masalah penuaan, boleh datang ke sini untuk dapatkan rawatan. Mesti ada yang kata, jumpa doktor kulit mahal kan? Tapi pada Sally daripada nak hadap masalah lain di masa hadapan, lebih baik la cari bantuan doktor terus, sekurang-kurangnya diyakini selamat kan?

Jadi kalau korang ada masalah jerawat atau sebarang masalah dermatologi atau nak dapatkan nasihat untuk sebarang prosedur untuk masalah estetik, Sally sarankan untuk ke cawangan Klinik Dr Bazilah. Doktornya bertauliah, klinik yang selesa dan mudah untuk dapatkan temujanji.

Selain itu jangan lupa untuk jaga kebersihan kulit wajah, kurangkan makanan yang berminyak, pastikan sisa mekap dibersihkan dengan baik, minum air putih secukupnya, dan elakkan menyentuh, memicit jerawat dengan tangan, lagi-lagi kalau tangan tu kotor!

Cawangan Klinik Dr Bazilah

Klinik Dr Bazilah mempunyai 4 cawangan di sekitar Lembah Klang, salah satunya di Shah Alam dan lagi tiga di Jalan Sentul Pasar, Bangi dan Petaling Jaya.

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
Tel: 013-817 7005
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur

Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5035 7359
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam

Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5 Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8922 9681 / 0111-590 5931

Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7661 3950
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara

TikTok: Klinik Dr Bazilah

Post a Comment

2 Comments

  1. Uishhh mcm tau kita tgh cri klinik utk yg mslh jerawat ni.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Teringin jgk buat rawatan kulit jerawat dgn parut2 berlubang.. ada rezeki blh la buat nanti

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!