Hrithik Roshan Bertemu Peminat Malaysia Selepas 8 Tahun Dalam Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert!

Sebut sahaja Hrithik Roshan, ramai peminat filem Bollywood akan terkenangkan watak Rohit dalam filem Kaho Naa Pyar Hai, Koi... Mil Gaya, Dhoom dan semestinya filem epik Kabhi Khushi Kabhie Gham. Pemenang enam kali Filmfare Awards, Hrithik Roshan menjadi salah seorang aktor dengan bayaran termahal di belantika perfileman India dan sangat terkenal kerana skil tarian yang mengagumkan.

Berita baik buat semua peminat Hrithik Roshan, selepas 8 tahun beliau akan kembali ke Malaysia bersama dengan figura popular dalam filem Bollywood seperti Maestro Tarian legenda - Prabhu Deva, Diva Tarian - Vaani Kapoor, Maliaka Arora yang sensasi serta Sanya Malhotra yang berkarisma. Tak cukup dengan itu, The Singing Sensation Aastha Gill dan Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh juga akan turut sama menghiburkan sepanjang malam.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menyasarkan 15,000 pengunjung seterusnya menjadikan ianya konsert terbesar buat tahun 2023 yang ditunjangi oleh Ikon Tarian Global Hrithik Roshan!



Konsert ini juga merupakan kolaborasi Yess Boss Groups bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions, yang bukan hanya memaparkan koreografi tarian yang spektakular, tapi bakal disulami dengan persembahan lakonan, interaksi dengan peminat dan pelbagai lagi.

Tiket sudah mula dijual bermula 19 Oktober 2023. Harga tiket bermula RM149 (Silver), RM249 (Gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP), tiket boleh dibeli dengan melayari https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/ atau hubungi talian hotline 011-11546805.

BERITA BAIK UNTUK SEMUA!

Istimewa sempena promosi 11.11 dan juga perayaan Deepavali, hanya pada 11 November 2023, diskaun sebanyak 11% akan diberikan untuk semua tiket. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert , yang bakal menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah lenyap.

INFORMASI

ACARA: Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert
LOKASI: STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
TARIKH: 1 DISEMBER 2023



PENGANJUR: YESS BOSS GROUPS
DENGAN KERJASAMA: DEMBI PRODUCTIONS & HEART ART ENTERTAINMENT

TALIAN HOTLINE: 011-11546805
WEBSITE: https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/

Post a Comment

0 Comments