Chopsticks by Muhammad Oon Membawakan Menu Chinese Muslim.

Tahun lepas merupakan kali pertama Sally berkunjung ke restoran Chopsticks by Muhammad Oon untuk berbuka puasa. Peminat makanan menu Chinese Muslim mesti selalu dengar pasal restoran ini sebab cawangan mereka di TTDI dan Sri Hartamas memang sangat popular!

Baca: Berbuka Puasa dengan Menu Chinese Muslim di Chopsticks by Muhammad Oon, Bangsar.

Untuk cawangan ke-4, mereka memilih lokasi di Cyberjaya. Kepada peminat menu-menu resipi tradisional Cina Malaysia yang unik, wajib masukkan Chopsticks by Muhammad Oon sebagai lokasi food-hunting. Istimewanya Chopsticks by Muhammad Oon ini mereka ada sekitar 200 jenis hidangan yang merangkumi makanan laut yang segar, ayam dan daging serta pilihan yang sesuai untuk vegetarian.



Hujung minggu lepas Sally bersama dengan beberapa orang rakan pergi la ke cawangan baru mereka. Dekat sini kalau korang datang dengan kawan-kawan atau keluarga, boleh je nak ambil seleksi set makanan mereka atau kalau nak order a la carte pun boleh.

Pembuka selera yang paling Sally nantikan dekat sini semestinya "Lor Bak dengan Tauhu". Lor Bak merupakan menu unik Hokkien dan Teochew yang memang menepati selera peminat ayam khususnya.



Di sini korang akan rasa elemen terpenting dalam masakan Cina iaitu WOK HEI kerana haba yang membakar mengeluarkan rasa yang terbaik. Itu yang membuatkan pilihan menu kat sini kelainan selain daripada menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti serta memastikan bekalan mereka daripada pembekal disahkan halal. Bayangkan mereka stock up bahan-bahan semua sekurang-kurangkan 3x seminggu, jadi tiada istilah tidak segar dalam menu masakan mereka.



Chopsticks by Muhammad Oon masih dalam usaha mendapatkan pengiktirafan halal daripada JAKIM tapi jangan risau Insya-Allah makanan dekat sini halal dan bersih, kalau tak mustahil mereka boleh membuka sehingga 4 cawangan kan?

Untuk yang nak pilih set, boleh pilih daripada 3 set yang terdapat, Set A sesuai untuk 2-3 orang (RM169), Set B sesuai untuk 5-6 orang (RM309) dan Set C untuk 9-10 orang (RM569). Korang wajib cuba menu signature mereka seperti Mee Hokkien (menu yang menjadi pilihan di GrabFood), serta lauk pauk seperti Ginger & Spring Onion Beef, Creamy Butter Chicken, Salted Egg Prawn dan juga Lala masak Kam Heong yang sangatlah wangi, cukup rasa pedas dan berempah nya.



Di sini ruangan dia sangat selesa dan luas, kalau nak kawasan yang lebih privasi pun ada juga. Kalau korang teringin nak mencari menu masakan Cina Muslim, bolehlah datang ke Chopsticks by Muhammad Oon di empat lokasi mereka. Sally yakin korang pasti akan suka dengan rasa makanan dan layanan daripada mereka.

CAWANGAN Chopsticks by Muhammad Oon:
1. Cyberjaya - A-01-12, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
2. Bangsar - 40, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
3. TTDI - 35, Lorong Rahim Kajai 13, TTDI, 60000 Kuala Lumpur
4. Sri Hartamas - 12-01, Jalan 30/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Untuk tempahan makan di restoran boleh hubungi;
Bangsar - ☎️ 014-9626725
Cyberjaya - ☎️ 011-28248804
TTDI- ☎️ 012-2032727

Atau buat pesanan di bit.ly/chopsticksbymo


Post a Comment

0 Comments