AEON Mall dan Bananabro berjaya dapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.



Cakap pasal AEON Mall, siapa sahaja yang tak tahu tentang rangkaian pasaraya yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia yang menjadi antara tarikan rakyat Malaysia. Baru-baru ini AEON Mall dengan kolaborasi bersama Bananabro, berjaya mencatatkan rekod di dalam Malaysia Book of Records apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 orang, sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Makan Nasi Daun Pisang.



Majlis yang diadakan sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba mendapat sambutan daripada pelbagai kaum di Malaysia. Benarlah orang kata, makanan mampu merapatkan silaturahim antara kaum tak kira di mana sahaja, termasuklah di Malaysia.



Walaupun agak lewat petang namun masih meriah dengan kehadiran rakyat Malaysia yang ingin mengambil peluang sama-sama menjayakan pengiktirafan Malaysia Book of Records, "Largest Participation in a Banana Leaf Rice Eating Session".



Tahniah juga diucapkan buat Bananabro, yang kini sedang meningkat naik dengan menyajikan Nasi Daun Pisang yang merupakan hidangan istimewa yang berasal daripada negeri Tamil Nadu, Kerala, Karnataka, dan Andhra Pradesh di India, yang kini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, bukan sahaja daripada kaum India sendiri tetapi bagi kaum Melayu dan Cina yang gemarkan Nasi Daun Pisang. Semoga lebih maju di masa akan datang hendaknya.



Lagi sekali, sekalung tahniah buat AEON Mall kerana berjaya menjalankan aktiviti yang merapatkan ukhuwah rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Semoga akan ada banyak lagi aktiviti seperti ini dirangka pada masa hadapan.

Post a Comment

0 Comments