SURIA FM DAN ERA CIPTA SEJARAH MENERUSI PENJENAMAAN “ERA SURIA, DI SINI SEGALANYA TERKINI”.

Buat julung kalinya, stesen radio Suria FM dan ERA bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi “Morning Morning Suria” dan “3 Pagi ERA” pada 23 Oktober 2023 (Isnin) dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.



Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan “ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini”, menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin! Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.



Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), “Mewakili Suria FM, kami mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekaligus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air menerusi jalinan kerjasama antara radio Suria dan ERA ini. Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat”
 
“Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia” 



Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA, berkata, “ERA teruja untuk bersama-sama Suria FM dalam menjayakan ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini yang bakal menemui peminat pada 23 Oktober ini. Meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, kami percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama. Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria FM akan Gagah Bersama”.



Jangan lupa dengarkan “ERA Suria, Di Sini Segalanya Terkini” di frekuensi Suria FM dan ERA juga di aplikasi Suria Malaysia dan SYOK pada 23 Oktober 2023 dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi!

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:
Instagram: suriamalaysia
Facebook: @SuriaMalaysia
TikTok: @suriamalaysia
Youtube: SuriaTV
X: @suria_malaysia

Post a Comment

0 Comments