Pagari Bulan mungkin membawa pandangan yang berbeza mengikut kepada pemahaman berlainan. Mungkin ramai yang beranggapan filem ini sekadar filem berkaitan dengan zaman penjajahan Jepun dan sekadar filem sejarah, tapi sebenarnya filem arahan pengarah Raja Mukhriz, dibawah terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd ini mengetengahkan sisi yang sesetengah daripada kita rasa sensitif iaitu 'Comfort Woman' atau hamba seks.
Sinopsis filem Pagari Bulan
Berlatarbelakangkan sekitar tahun 1941, Pagari Bulan memaparkan kisah di sekitar Kota Bharu, mengenai seorang gadis bernama Bulan, anak sulung pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kemunculan pihak Jepun ke Kelantan dari arah pantai. Ramai penduduk yang didera dan dibunuh, dan anak gadis dijadikan sasaran ditahan dan dikurung menjadikan mereka comfort woman.
Bulan bersama adiknya, Kasih serta sahabatnya Sui Li antara yang ditangkap bersama, dikurung, dipaksa mengikut segala kemahuan tentera Jepun. Semasa Bulan berjuang untuk terus hidup, muncul seorang leftenan muda, Miura yang ditugaskan ke markas kuasa Kuzawa dengan membawa etika ketenteraan lebih profesional dan menolak nilai keganasan penderaan terhadap penduduk yang dijajah.
Filem ini menceritakan kisah yang berlarutan hampir 4 tahun menyaksikan penyeksaan yang dihadapi oleh penduduk. Kisah percintaan antara Bulan dan Miura juga antara yang diberikan fokus. Bagaimana Bulan yang akhirnya terpaksa menjadi hamba seks, mengandung tanpa rela dan bagaimana akhirnya Bulan dapat melarikan diri dan tentera Jepun tumpas.
Nazeera Sardi sebagai Bulan
Aniq Durar sebagai Miura
Mungkin ramai rasa agak 'cliche' tapi jalan ceritanya sangat berbeza daripada filem sejarah yang lain. Sally agak terganggu dengan ending yang sedikit 'laju' tapi ada beberapa bahagian yang membuatkan kita lihat keberanian seorang wanita yang selalu dianggap lemah.
Walaupun memaparkan muka-muka baru, tapi secara jujurnya semua pelakon memberikan usaha yang sehabis baik, termasuk berdialog penuh dalam bahasa Jepun, mempelajari seni mempertahankan diri, menggunakan dialek atau loghat Kelantan dengan baik. Pendek kata usaha mereka wajar diberikan perhatian.
Jangan lupa untuk saksikan filem Pagari Bulan di panggung wayang berdekatan bermula 5 Oktober 2023!
1 Comments
bagus untuk ditonton ni.
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!