Kenali Blueberry di Bengkel Blueberry Wonder Anjuran Oregon Washington Blueberries.

Pemilihan snek yang sihat bukanlah sesuatu yang janggal zaman sekarang. Ramai yang mula sedar dan memilih sesuatu yang lebih sihat dan yang penting masih lagi sedap dan boleh dipelbagaikan. Tahu tak Beri biru atau buah blueberry, walaupun kecil ada banyak manfaatnya.

Bukan sahaja kepada kulit dan rambut, tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai contoh, satu cawan bersamaan 148g buah beri biru menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian iaitu 14.4mg Vitamin C. Sedia maklum Vitamin C dapat membantu menyokong sistem imunisasi badan. Menarik kan?


Sally sangat teruja bila dijemput untuk menyertai Bengkel Blueberry Wonder Anjuran Oregon Washington Blueberries. Memang banyak info yang kita tak tahu tentang buah ini, ianya secara semula jadi manis, sedap dan berkhasiat serta memberi banyak manfaat pada kesihatan, seperti meningkatkan kesihatan jantung, kesihatan kulit, mengurangkan tekanan darah, mencegah kanser, diabetes, dan menstabilkan kesihatan mental juga!

Sebagai antara dua negeri penghasil beri biru terbesar di Amerika Syarikat, Oregon dan Washington ingin buah ini dikenali dan menjadi pilihan sebagai snek dan juga bahan tambahan dalam masakan. Korang tau tak yang buah ini bukan sahaja sesuai dimakan begitu sahaja, tapi juga boleh pelbagaikan dalam resipi manisan dan jugak masakan.


Bengkel Blueberry Wonder Anjuran Oregon Washington Blueberries telah diadakan di KL Wellness City di Bukit Jalil. Beberapa aktiviti telah dirangka sepanjang bengkel, antaranya ada perkongsian daripada Iman Azman, seorang influencer dan juga seorang ibu yang mementingkan makanan serta diet yang sihat untuk anak-anaknya, ada perkongsian resipi daripada Chef Zie Zie, yang menunjukkan demonstrasi masakan Blueberry Rosemary Grilled Chicken Poke Bowl. Savoury menu dengan sos buah beri? Sedap ke tak? Semestinya sedap!


Favourite aktiviti Sally bila Chef Zie Zie tunjukkan demonstrasi buat cheese tart. Manisan paling Sally suka sebagai peminat keju dan juga semestinya ada gabungan buah blueberry! Dah la sedap, manis secara semulajadi tau.


Beri biru sudah diperakui sebagai makanan yang menyihatkan jantung oleh Persatuan Jantung Amerika dan mengandungi sebatian semula jadi yang membantu otak supaya kekal cergas. Jadi apa kata kalau kita tukar rutin makanan kita dengan snek yang sihat.

Jangan lupa dapatkan buah blueberry daripada Oregon Washington. Untuk maklumat lanjut tentang Oregon & Washington Blueberries, boleh layari www.oregonblueberry.com atau wablueberries.com/wa-blueberry-commission

Post a Comment

4 Comments

  1. fav wehhhh ni kalau makan dengan pancake perghhhh nom syatu

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi makan buah beri biru.. nanti blh la pergi cari

    ReplyDelete
  3. This is my favourite fruit, small and mighty full of nutrients

    ReplyDelete
  4. Best bengkel ni.. Banyak kita boleh buat denagn blueberry

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!