Kembalikan Nostalgia Kopitiam di Dorsett Grand Subang.

Malaysia memang sinonim dengan 'lepak' dan lokasi yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia semestinya kopitiam, yang sudah wujud sejak daripada akhir 1800-an. Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 pada 31 Ogos 2023 dan Hari Malaysia ke-60; Dorsett Grand Subang melancarkan pop-up outlet Dorsett Kopitiam di Lobi Hotel pada 14 Ogos 2023.


Kembalikan nostalgia kopitiam di Dorsett, Jadi, dari lantai berjubin mozek dan perhiasa yang membangkitkan nostalgia secara keseluruhan; dan sudah tentu dengan menu-menu kopitiam yang popular seperti telur kampung separuh masak, roti bakar dengan mentega dan kaya, nasi lemak bungkus, tart telur Portugis, popiah goreng, cucur udang dan karipap.

Tak lengkap pengalaman kopitiam jika tiada pilihan Milo, Teh Tarik, Kopi Lokal atau Nescafe Tarik. Semua item berharga RM12.80 bersih setiap pesanan termasuk pilihan minuman. Tempahan minuman secara A-la-carte berharga RM6 bersih setiap pesanan.


Sally memang penggemar menu-menu kopitiam, jadi dapat roti bakar, cicah pula dengan telur kampur separuh masak dengan kicap dan lada sulah, memang membangkitkan selera. Tak cukup dengan itu, ada nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, bila buka bungkusan tu semerbak bau wangi daun pisang, sambal dia pun secukup rasa, tak terlalu pedas.

Sally sebenarnya paling suka dengan popiah goreng di Dorsett Kopitiam, inti dia yang sedap sebab jarang dah sekarang dapat popiah dengan inti sengkuang. Selalu ada sayur seperti lobak, taugeh dan sebagainya tapi yang dekat sini memang sedap, inti padat dan digoreng garing tanpa minyak yang terlalu banyak.

Walaupun selera kita kian berubah, makanan ringan dan snek yang sentiasa nostalgik dan membawa ke zaman kanak-kanak yang penuh dengan kenangan manis. Snek-snek ini terdapat di Dorsett Kopitiam seperti Biskut Bunga Aising, Biskut Telinga, Roti Kok Berkerak Gula dan macam-macam lagi. Boleh beli dalam tin kecil 450gm berharga RM18.00 atau boleh sahaja beli secara timbang 100gm pada harga RM6 sahaja.

Menarik kan? Jadi jangan lupa terjah Dorsett Kopitiam yang dibuka dari 10.30 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat. Dorsett Kopitiam hanya tersedia sehingga 16 September 2023 sahaja.


Dorsett Grand Subang turut menyediakan LOCAL AFTERNOON TEA SET yang menyajikan pelbagai pilihan kuih muih lokal serta teh untuk dua orang dengan harga RM98 sahaja. Tersedia daripada jam 12 tengahari sehingga 5 petang. Untuk tempahan boleh hubungi 03-5031 6060.

Post a Comment

1 Comments

  1. KSarie memang suka makanan sebegini. Nak kena cuba nanti makan di sini nanti

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!