BOH Pure Green Tea Berwajah Baru Menampilkan Azira Shafinaz Sebagai Duta.

Azira Shafinaz Duta Jenama BOH Pure Green Tea | Sebagai seorang peminat kopi, tak dinafikan ada masa memang Sally akan mencari teh, terutama sekali teh hijau sebab bila minum teh, kita akan rasa tenang. Kalau Teh Tarik memang tak tenang sebab sedap sangat HAHAHA.

Bila minum teh hijau, pilihan Sally semestinya BOH Pure Green Tea sebab tiada rasa kelat dan bau yang sangat menyegarkan. Sally paling teruja bila dipelawa untuk menghadiri majlis pelancaran semula BOH Pure Green Tea (WAJAH BARU, RASA YANG SAMA).



Di majlis pelancaran ini juga, pihak BOH turut memperkenalkan selebriti, penyanyi dan hos; Azira Shafinaz sebagai duta jenama mereka. Dengan jadual yang padat tapi masih lagi kekal cergas dan fokus, Azira Shafinaz memang duta yang mampu membawa jenama BOH Pure Green Tea dengan baik. Bak kata beliau,“No matter what my day demands, I know I can count on my Wellness in a Cup”.


Azira Shafinaz berkongsi resipi koktel 'Passion of Bunga Raya'

Pembungkusan baharu kali ini menampilkan rupa dan warna yang segar, serta elemen reka bentuk yang bersih dan moden. Ianya juga dibungkus dengan bahan yang memelihara alam sekitar – Forest Stewardship Council (FSC).

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kelebihan daun teh yang dipetik di Malaysia berbanding daun teh daripada negara lain. Teh Hijau Tulen BOH dihasilakn dengan 100% teh hijau untuk rasa teh hijau asli yang lazat dan sangat sesuai untuk mereka yang menginginkan minuman alternatif yang lebih sihat. Teh hijau memang tidak dapat disangkal lagi mampu menyegarkan dan mencergaskan minda serta badan kita. Ini membuatkan kita lebih fokus dan bertenaga untuk menghadapi segala cabaran dalam kehidupan seharian.



Sepanjang Ogos ini, akan ada trak BOH Pure Green Tea di beberapa kawasan di sekitar Malaysia, jadi jangan lupa dapatkan dan rasai sendiri 'Wellness in a Cup' dengan kesegaran daripada secawan teh hijau BOH.



Dah la dapat minum teh hijau yang segar, pihak BOH belanja kami pihak media makan tengahari dan juga menonton wayang di Aurum Theater. Ini kali pertama Sally rasai pengalaman menonton wayang di Aurum Theater, memang teruja habis!



Kepada peminat teh, terutamanya teh hijau, jangan lupa untuk dapatkan BOH Pure Green Tea yang kini berwajah baru di pasaran. Ingat teh hijau, ingat BOH Pure Green Tea!

Post a Comment

1 Comments

  1. Mmg BOH pilihan kami suka dgn pelbagai perisa ada hat skrg

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!