Veera Saloon Penang Jadi Pilihan Muslimah.

Mencari salon yang sesuai dan selesa, terutamanya kepada hijabis memang kadang agak mencabar. Sally sendiri pernah pergi ke sebuah salon yang ada menyediakan bahagian khas untuk wanita, elok tertutup tetapi pekerjanya pula seorang lelaki, sejak daripada itu Sally memang tak gemar pergi ke salon melainkan salon milik sepupu Sally sendiri yang Sally yakin dengan cara dia menguruskan salon beliau.

Tapi takkan Sally nak kongsikan salon yang jauh untuk kawan-kawan dekat Penang, sebab itu Sally nak kongsikan tentang Veera Saloon yang terletak di Sunshine Bertam Shopping Mall, Kepala Batas Pulau Pinang, istimewanya kerana mereka ini bukan salon baru tetapi salon yang telah dinaiktaraf bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan tetap dan juga pelanggan baru mereka.



"Kalau pindah mesti sama je...?" - Netizan

Seharusnya tidak guys! Walaupun Veera Saloon dinaiktaraf, mereka bukan sahaja berpindah ke lokasi yang lebih luas (hampir 1,000 kaki persegi), tetapi segala peralatan dan juga perabot mereka semuanya baru. Veera Saloon juga menambah 11 kerusi salon (barber chair) untuk memberikan servis kepada lebih ramai pelanggan. Dekorasi dalam salon pun sangat ekslusif dan yang penting, tiada kenaikan harga kepada servis mereka.



Berita baik kepada muslimah hijabis, di Veera Saloon mereka menyediakan ruangan khas untuk muslimah supaya dapat menjaga aurat mereka. Tak hairan la selama mereka bertapak dalam dunia dandanan rambut, mereka mempunyai pelanggan-pelanggan tetap dan pelanggan baru yang kebanyakkan disyorkan oleh pelanggan tetap mereka. Jangan terkejut, pelanggan mereka rata-rata datang daripada kaum Melayu dan 70% daripada mereka ialah hijabis.



Antara servis dandanan dan rawatan rambut yang disediakan Veera Saloon seperti servis menggunting dan mencuci rambut, layering, mewarnakan rambut, bleach serta highlight, rebonding, relaxing, rawatan keratin, rawatan kelemumur dan pelbagai lagi rawatan serta servis dandanan. Menariknya setiap bulan, mereka ada pelbagai jenis promosi, jadi kepada yang berminat, boleh layari laman media sosial mereka untuk update tentang promosi bulanan.

Di Veera Hair Saloon juga korang boleh dapatkan produk-produk penjagaan rambut Ve'era yang telah diperkenalkan oleh Mr. Gin dan isteri. Antara produk dibawah jenama Ve'era adalah seperti syampu, hair mask dan tonik rambut, yang diformulasi daripada bahan semulajadi seperti ekstrak daripada chamomile yang terkenal sebagai agen untuk merawat luka, ekzema, gout, iritasi kulit dan juga ekstrak teh hijau yang memberikan kelegaan kepada kulit kepala. Boleh rujuk entri di Facebook Ve'era untuk lebih informasi. Produk Ve'era juga boleh dibeli secara atas talian juga.



Mr. Gin turut bercita-cita untuk menubuhkan Ve'era Hair Academy pada masa akan datang. Semuanya masih dalam perancangan, namun keinginan beliau untuk berkongsi ilmu tentang dandanan dan penjagaan rambut memang sudah lama tersimpan. Bagi Mr. Gin ini adalah satu cara untuk beliau memberi balik sesuatu kepada masyarakat melalui kemahiran yang beliau ada.



Kepada rakan-rakan di Penang khususnya, jangan lupa datang ke cawangan Veera Hair Saloon yang telah dinaiktaraf yang terletak di Sunshine Bertam Shopping Mall, betul-betul bersebelahan dengan Watsons dan pintu masuk pasaraya. Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari sehingga jam 8 malam. Untuk temujanji atau sebarang pertanyaan tentang servis serta produk boleh hubungi 017-3149936.

Post a Comment

3 Comments

  1. Cantik salonnya.. kita pun lama dah ni tak pi servis rambut

    ReplyDelete
  2. Bagus salon macm ni..walupun saloon ni utk laki pompuan tapi ada tempat khas utk muslimah.

    ReplyDelete
  3. My friends also mentioned about this hair salon for muslimah

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!