Kedai Emas Chiang Heng Beri Jaminan Harga Emas Terendah di Seluruh Malaysia.

Memiliki aset seperti emas merupakan antara pelaburan dan simpanan jangka panjang yang perlu dijadikan amalan untuk semua, tetapi dengan harga yang sering meningkat menjadikan ianya sukar untuk dimiliki. Emas merupakan aset yang meningkatkan nilai kewangan, dan tidak boleh dimanipulasikan.

Terkenal dengan cogan kata "Harga Emas Terendah di Seluruh Malaysia", Kedai Emas Chiang Heng bukan sahaja menawarkan barangan kemas pada harga yang berpatutan, malah sering memberi pelbagai ganjaran dan tawaran istimewa setiap bulan dengan misi "semua orang mampu memiliki emas” di semua 19 cawangan mereka di seluruh Malaysia.



Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana Kedai Emas Chiang Heng mampu konsisten dalam memberikan harga emas yang terendah. Semua ini tidak mustahil kerana mereka tidak perlu mengambil kira kos pemasaran seperti kos sewa di pusat membeli-belah, kos iklan fizikal, dan sebagainya. Segala kos yang dapat dijimatkan diterjemahkan pula dalam bentuk memberikan pulangan terus kepada pelanggan dengan menawarkan harga emas yang berpatutan.



Selain itu, Emas Chiang Heng turut menghasilkan rekaan mereka sendiri, jadi mereka mengawal sepenuhnya kos pembuatan dari caj harga upah hingga harga emas, kos pengedaran borong yang membolehkan Emas Chiang Heng memberikan harga yang rendah. Bukan sekadar jualan emas, disini juga mereka menawarkan harga jualan yang tertinggi, dengan proses pemulangan emas yang jelas dan telus serta tanpa sebarang kos tersembunyi. Mereka turut menerima emas untuk dijual semula, termasuk perhiasan emas yang tidak mempunyai sijil emas, emas yang berkarat, pecah, kemek serta emas yang pernah terbakar dalam kebakaran.





Menarik kan? Belum habis lagi, di Kedai Emas Chiang Heng, mereka membenarkan pelanggan memulangkan atau menukar saiz perhiasan emas yang dibeli dalam tempoh 7 hari, dengan syarat tidak ada kerosakan. Bukan itu sahaja, ada juga perkhidmatan membaiki dengan percuma dalam tempoh 30 hari (kecuali jika perhiasan tersebut memerlukan penambahan emas) dan servis membersihkan emas percuma seumur hidup, termasuk perkhidmatan rekaan emas menggunakan laser.



Bila dah jumpa kedai yang bagi harga yang berbaloi, Sally pun tak lepaskan peluang untuk dapatkan sendiri perhiasan mutiara di sini. Walaupun secara atas talian pun memang puas hati tengok semua rekaan mereka, memang rekaan yang terkini. Secara peribadi, masih lagi memuaskan walaupun tak dapat pegang sendiri, Sally rasa kalau Sally pergi sendiri ke mana-mana cawangan, mesti lagi rambang mata tengok semua perhiasan yang ada.



Kalau korang nak tahu, Kedai Emas Chiang Heng dah bertapak dalam pasaran hampir 37 tahun dan pernah mendapat pelbagai anugerah antaranya pada tahun 2020, mereka berjaya mencatatkan rekod dengan 117 siaran langsung dalam satu hari, memecahkan rekod The Malaysia Book of Records. Pendek kata mereka satu jenama yang memang dipercayai. Jadi, kalau korang mencari barang kemas, untuk sebarang majlis atau sekadar untuk buat pelaburan jangka panjang, bolehlah datang ke Kedai Emas Chiang Heng atau boleh sahaja beli secara atas talian di platform jualan atas talian  mereka.



[Platform Jualan Chiang Heng Jewellery]
Laman web: www.chiangheng.com
TikTok: www.tiktok.com/@chianghengjewellery
Shopee: shopee.com.my/chianghengjewellery

[Media Sosial]
Facebook: www.facebook.com/ChiangHengJewellery
Instagram: www.instagram.com/chiang_heng_jewellery
Youtube: https://youtube.com/@chianghengjewellery3423
Tiktok: @emaschiangheng @ChiangHengJewellery
RED App: 4134819312


Post a Comment

0 Comments