Daia Hijab All Day Freshness, Perkenalkan Lisa Surihani Sebagai Duta.

Sebagai seorang Muslim yang memakai hijab, Sally selalu ada masalah dengan bau yang kurang menyenangkan pada hijab jika digunakan sepanjang hari, seperti bau kepam akibat peluh. Keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, serta gelombang haba yang dialami di seluruh negara ketika ini menyebabkan kita kuat berpeluh, tidak kira lelaki, wanita, atau kanak-kanak.

Bayangkan dengan suhu mencecah 35°C di sesetengah kawasan di Malaysia, yang tidak menggunakan hijab pun rasa agak mencabar jadi tidak hairanlah jika pemakaian hijab yang melibatkan penutupan aurat sepanjang hari, terutamanya kepala, meningkatkan tahap kelembapan rambut, yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh.



Sebagai bukti komitmennya terhadap inovasi dan bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berevolusi, Daia, jenama pencuci pakaian memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuk bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari.



Daia Hijab All Day Freshness menggunakan formula terkini dengan Teknologi Smart lon™ dan Kawalan Bau Peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.9% bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan bau peluh ketika dicuci serta meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian bersih dan kekal segar sepanjang hari.



Di majlis pelancaran Daia Hijab All Day Freshness juga, Lisa Surihani diperkenalkan sebagai Duta Jenama rangkaian produk Daia. Selain berkongsi pengalaman menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peminat.



Cecair Pencuci Pakaian Daia Smart Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan, RM26.90 untuk sebotol 3.8kg, manakala pek isian semula 1.7kg dijual pada harga RM11.90. Serbuk Pencuci Pakaian Daia Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM5.95, RM15.90 dan RM25.50 masing-masing untuk 750g, 2.3kg dan 4 3.8kg. Produk Daia boleh dibeli di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.

Post a Comment

3 Comments

  1. Tahniah buat lisa surihani.. btw daia ni mmg brand pilihan

    ReplyDelete
  2. Bagus Daia fikir tentang berhijab ni

    ReplyDelete
  3. I think yang tak berhijab pun boleh try juga kan

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!