Bariistar Perkenalkan 30 Perisa Sirap Rasa Lokal Untuk Peminat Kopi.

Menambahkan sirap ke dalam kopi adalah kaedah popular untuk menukar rasa asas kopi. Rasa ini boleh ditambah secara langsung kepada biji kopi atau langsung ke dalam cawan yang kita gunakan. Menariknya, dengan pelbagai perisa sirap yang ada, kita boleh rasa pelbagai jenis variasi kopi dan minuman mengikut kehendak dan selera masing-masing.



Sally berkesempatan untuk ke program MARA Brew '23, sebuah program yang dirangka oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memperkenal dan mempromosi pengusaha kopi dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia. Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi berkata, program tersebut merupakan platform bagi menarik lebih ramai usahawan bumiputera, terutamanya belia untuk menceburi bidang perniagaan yang mempunyai ramai peminat. Sebanyak 10 vendor kopi telah menyertai program yang dijalankan selama empat hari bermula 22 hingga 25 Jun 2023.





Salah satu vendor yang terlibat adalah Bariistar, sebuah jenama yang diasaskan oleh Dr Shahir Suhaimi, yang menghasilkan 30 perisa sirap rasa lokal, antaranya Durian, Onde-Onde, Tembikai, Kelapa, Nanas, dan pelbagai lagi. Mereka merancang untuk menambah beberapa lagi perisa lokal di masa akan datang seiring dengan permintaan dan saranan pengguna sirap Bariistar.



Bariistar turut menjalin kerjasama dengan beberapa buah syarikat dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam, bagi meluaskan empayar mereka dan memasarkan produk sirap keluaran mereka. Bariistar berkembang dengan bantuan MARA yang diberi dalam bentuk geran, pembiayaan dan bantuan kilang bagi melancarkan lagi perniagaan ini.



Tidak sampai setahun, Bariistar telah berjaya mencapai target jualan sebanyak RM1 juta dan menyasarkan jualan melebihi RM5 juta pada tahun 2024, ini didorong oleh trend peningkatan permintaan di seluruh negara. Bariistar diedarkan ke kafe kopi dan kedai-kedai bahan makanan dengan harga berpatutan, tersedia dalam botol bersaiz besar untuk para usahawan yang menjual kopi dan botol kecil untuk kegunaan persendirian di rumah.





Bariistar mengambil trend kegilaan kopi sebagai sebahagian dari gaya hidup sebagai peluang yang boleh memberi impak kepada ekonomi negara termasuk membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di Malaysia terutamanya.

Kepada yang berminat untuk mencuba sirap daripada Bariistar yang diyakini HALAL, boleh hubungi mereka di;
Laman sesawang: www.bariistar.com
Email: bariistar.marketing@gmail.com
Telefon: 011-73602406
Instagram: www.instagram.com/bariistarhq
Shopee: https://shopee.com.my/bariistar

Post a Comment

3 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!