Qurban4Ummah, Korban Serendah RM800 Di Syria, Palestin, Yaman dan Malaysia.

DAFTAR KORBAN PILIHAN DI NEGARA PENUH KONFLIK DAN KRISIS KEMANUSIAAN, BERMULA RM800 SAHAJA | KONGSI KEGEMBIRAAN AIDILADHA

Diam tak diam, Aidiladha sudah hampir dengan kita. Untuk tahun 2023, Kempen Qurban4Ummah yang dianjurkan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia setiap tahun kini membuka peluang untuk rakyat Malaysia yang berkemampuan dan yang ingin melaksanakan ibadah korban di 4  negara berbeza (Syria, Palestin, Yaman dan Malaysia) dengan harga serendah RM800 sahaja!



Menurut perkongsian daripada Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, objektif utama Kempen Qurban4Ummah tahun ini mensasarkan setiap negara yang dipilih dapat diberikan bantuan utama berbentuk makanan sama ada daging segar mentah atau makanan siap hidang yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim, balu, warga emas, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat peperangan serta fakir miskin.



Selain dari pakej korban serendah RM800 yang akan dilaksanakan di luar negara, Peduli Insan juga turut menghargai semua pihak yang ingin berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidiladha, justeru itu, inisiatif Sedekah Adha juga turut dilancarkan di bawah Kempen ini untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang serendah RM30 sahaja.



Antara keistimewaan melaksanakan ibadah korban melalui Kempen Qurban4Ummah Peduli Insan adalah setiap peserta akan menerima gambar dan video proses penyembelihan haiwan korban mereka yang akan dikongsikan secara digital serta sijil penyertaan korban sebagai bukti ibadah korban telah dilaksanakan dengan telus.



Selain itu, Peduli Insan berharap para peminat serta rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka - Inteam, UNIC dan Ustaz Dr Zamri Mantop dapat memberi sokongan dan kebersamaan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria, Palestin, Yaman serta di dalam Malaysia sendiri dengan mendaftar pakej korban ataupun melalui sumbangan Sedekah Adha.





Untuk mereka yang berminat untuk mendaftar korban, boleh layari pautan berikut (https://ezy.la/n5m). Manakala bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan Sedekah Adha boleh berkongsi rezeki melalui akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 0704 3011 0620 82.

Post a Comment

0 Comments