Perbaharui Cukai Jalan & Takaful Kenderaan dengan proLindung.

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) baru-baru ini telah melancarkan sebuah platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung, yang membolehkan pemilik kenderaan bermotor untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful insuran kenderaan dengan lebih mudah, cepat dan selamat.



Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan Abdul Rahim berkata, platform ini merupakan satu lagi inisiatif KOPETRO dalam membantu meningkatkan kualiti hidup anggota koperasi dan masyarakat umum yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Dalam era digital yang semakin pesat, proLindung akan memainkan peranan penting dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih efisien. Platform ini direka khas untuk memudahkan pengguna dalam memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja”, ujar beliau dalam ucapannya di majlis pelancaran proLindung yang diadakan bersama dalam Majlis Aidilfitri ‘Raya Bersama’ KOPETRO.



proLindung beraspirasi untuk memberikan perlindungan yang komprehensif kepada semua pelanggan, dan perkara ini diterapkan di dalam nama platform tersebut. Tambah Encik Roslan, proLindung dihasilkan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna. Beliau juga menyeru kepada semua pengguna untuk mencuba proLindung dan memberi maklum balas kepada mereka supaya platform ini dapat diperbaiki dan diperkembangkan. proLindung menggunakan 3 Takaful (Etiqa, Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas) yang disepadukan ke dalam sistem mereka.

Istimewa buat anggota KOPETRO, di samping menawarkan perlindungan menyeluruh, anggota boleh memilih untuk membayar perlindungan takaful secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan. Sempena pelancaran proLindung juga, KOPETRO menawarkan diskaun sebanyak RM50 untuk 50 pelanggan pertama yang mendapatkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan melalui platform dalam talian proLindung.



Turut hadir sama dimajlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah, wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO.



Majlis Aidilftri anjuran KOPETRO dihadiri lebih daripada 2,000 orang tetamu yang terdiri daripada anggota-anggota koperasi, warga kerja KOPETRO dan rakan-rakan niaga KOPETRO. Untuk maklumat lanjut mengenai proLindung, boleh layari laman sesawang www.proLindung.com.my, juga di laman rasmi media sosial mereka seperti Facebook dan Instagram.

Post a Comment

2 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!