Raikan Kebaikan U.S. Potatoes Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat.

Korang tau tak yang Kentang A.S. ada pelbagai jenis?

Haaaa...ramai sebenarnya tak tahu yang kentang sebenarnya ada banyak khasiat selain daripada pelengkap dalam hidangan seperti sup dan kari yang selalu kita buat. Biasanya kita selalu beli kentang Russets, tapi sebenarnya ada pelbagai jenis lagi antaranya Fingerlings, Rounds Reds, Round Whites, Yellow Flesh, Long Whites dan Blue and Purple.

Menariknya kentang-kentang ini ada khasiat yang pelbagai untuk kesihatan selain daripada ianya antara salah satu sayuran yang versatil kerana terdapat banyak cara untuk memasaknya. Kita boleh bakar, kukus, rebus, goreng dan gril mengikut kesesuaian resipi. Kentang lebih popular daripada sayur-sayuran yang lain kerana lebih padat tenaga, selain daripada kerana bebas lemak, natrium dan kolesterol, menjadikan ianya pilihan yang lebih sihat dalam diet pemakanan dengan hanya 110 kalori setiap hidangan / kentang bersaiz sederhana.



Sebiji Kentang A.S. bersaiz sederhana membekalkan 27 miligram Vitamin C (30% nilai harian) yang menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun badan secara semula jadi untuk membantu kita melawan penyakit serta mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot dan otak, juga protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot.

Kentang A.S. kaya dengan Vitamin B6 (10% nilai harian yang disyorkan) yang penting untuk fungsi sel yang betul. Kentang membantu meningkatkan metabolisma, memperbaharui sel darah dan mengekalkan sel yang sihat. Kentang mempunyai 3 gram protein berasaskan tumbuhan untuk setiap hidangan, dan tinggi kalium; kulit daripada sebiji kentang saiz sederhana mengandungi 620 miligram kalium atau 15% DV lebih banyak daripada pisang bersaiz sederhana.

Dah alang-alang Sally kongsikan tentang kebaikan kentang, Sally nak kongsikan juga satu resipi yang boleh kita buat dengan kentang yang dikongsikan oleh Indra Balaratnam, seorang Perunding Diet.

Honey Mustard & Herb Scallop U.S. Potatoes



Diskripsi resipi: Kentang Russet A.S. yang dihiris nipis dimasak dalam sos krim herba aromatik, kemudian dibakar dengan ketuhar
Resipi oleh: Indra Balaratnam, Perunding Diet
Link resipi: https://uspotatogoodness.com.my/recipes/honey-mustard-herb-scallop-u-s-potatoes/

Masa Persediaan: 15 minit
Masa Memasak: 1 jam 10 minit
Masa Sedia: 1 jam 25 minit
Jenis Kentang: U.S. Russet Potatoes
Hidangan: 5
Cara Persediaan: Bakar dalam ketuhar & tumis

Bahan-bahan:
· 2 biji kentang Russet A.S. bersaiz sederhana
· 1 cawan sup/air rebusan sayur-sayuran
· 1½ cawan susu rendah lemak
· 1½ sudu besar tepung
· 3 sudu besar mustard Dijon
· 1½ sudu besar madu
· 2 sudu besar herba tarragon segar yang dicincang halus
· 2 sudu besar bawang besar dicincang halus
· 1 sudu besar mentega
· Garam & lada hitam ditumbuk secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Panaskan ketuhar hingga 200°C
2. Basuh Kentang A.S. dengan baik di bawah air yang mengalir.
3. Dengan menggunakan mandolin, potong kentang A.S. Russet yang belum dikupas menjadi kepingan yang sangat nipis. Susun dalam loyang kaserol yang telah disapu mentega. Ketepikan.
4. Cairkan mentega dalam periuk perlahan-lahan dan tumis bawang sehingga layu.
5. Masukkan tepung
6. Tuangkan air rebusan sayur dan susu rendah lemak dan kacau rata
7. Masukkan mustard, madu, herba tarragon segar & perasakan dengan garam dan lada hitam yang ditumbuk.
8. Masak perlahan-lahan dengan api perlahan sehingga sos mula mendidih dan sedikit pekat.
9. Tuangkan sos ke atas kentang dalam hidangan kaserol.
10. Tutup dengan kertas foil dan bakar dalam ketuhar selama 40 minit.
11. Selepas 40 minit, keluarkan kertas kerajang dan teruskan membakar kaserol selama 30 hingga 40 minit lagi, sehingga bahagian atas bertukar sedikit kekuningan. Kemudian sedia untuk dihidangkan.



Maklumat Pemakanan setiap hidangan:
Kalori: 164
Protein: 5g
Jumlah lemak: 4g
Karbohidrat: 28g
Serat pemakanan: 2g
Natrium: 349mg

Jangan lupa untuk cuba resipi kentang yang sedap ini, boleh juga lihat resipi penuh di laman sesawang rasmi di https://uspotatogoodness.com.my/recipes/honey-mustard-herb-scallop-u-s-potatoes/

Post a Comment

0 Comments