Butik Shara Othman Tampil Dengan Busana Raya Yang Moden Dan Terkini.

Umat Islam disunatkan untuk memakai pakaian yang baru menjelang Aidilfitri. Hukumnya sunnah dan sunat kerana dianjurkan oleh Nabi SAW. Mereka yang berpuasa dan dapat menemui 1 Syawal dengan mengenakan pakaian serba baru mendapat pahala sunnah dan sunat. Sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, jenama Shara Othman membawakan fesyen terkini untuk musim perayaan.



Butik Shara Othman diasaskan oleh sepasang ibu dan anak yang memulakan jenama ini di sebuah kedai di Bentong, Pahang. Mereka membawakan fesyen yang modest dan sentiasa mencari sumber bahan yang terbaik untuk pelanggan mereka.

FESYEN SEDONDON IBU DAN ANAK


Fesyen sedondon sememangnya menjadi kegemaran mereka yang sudah berkeluarga. Memang nampak lebih meriah dan seronok apabila ibu dan anak menggayakan Baju Raya yang sama, dalam pada yang sama mudah nak kenal anak kita kalau pergi beraya.



Fesyen di Butik Shara Othman bukan setakat selesa dipakai pada Hari Raya, namun keselesaan dan keunikan baju mereka sesuai dipakai di hari-hari biasa.

Namun begitu, selalunya di Hari Raya, baju kurung akan diberi sentuhan yang lebih istimewa dengan dihiasi oleh manik atau labuci untuk menyerlahkan lagi konsep baju raya. Di Butik Shara Othman, mereka mengetengahkan warna lembut atau pastel dan juga warna terang untuk kelihatan bergaya.



Contohnya seperti koleksi TIJAH yang hadir dalam saiz kanak-kanak (4-12 tahun) dan dewasa. Walaupun agak ringkas namun warna (hitam dan putih) ini cukup selesa pada pandangan mata selain tidak menonjol.


Dari kiri: TIJAH, KESUMA

Tambah pula, warna ini unik kerana tidak lapuk (timeless) dan dapat membantu penampilan lebih moden. Koleksi Kebarung Riau Moden ini memang sangat sesuai untuk semua lapisan umur.

Untuk mereka yang sukakan potongan kurung kedah, boleh dapatkan koleksi KARTINI dan KESUMA yang pastinya ringkas namun masih menyerlah dengan warna rona yang menarik.



Dress labuh CAMELIA ini pun sesuai untuk ibu dan anak, potongannya ringkas dan hadir dalam beberapa warna yang menarik. Ianya hadir dalam 5 warna yang berbeza. Antara warna yang menjadi kegemaran Sally semestinya warna Baby Blue dan Olive Green. Serius cantik!







Koleksi SAOMA ini pun ada yang menjadi kegemaran. SAOMA merupakan potongan kebarung tradisional yang labuh dengan sentuhan reka bentuk yang moden. Ringkas namun masih lagi elegan.

Warna-warna lembut dan potongan yang simple menjadi pilihan. Hadir dalam saiz S, M, L & XL dan nursing friendly tau! Mungkin bukan sebagai pakaian pada hari raya pertama, tapi kenapa tidak sediakan untuk hari-hari yang lain kan?



RAMONA juga hadir untuk kanak-kanak 4-12 tahun dan juga untuk dewasa. Ianya 100% menggunakan material kapas yang memang sesuai la untuk dipakai seharian. Datang dengan rona-rona lembut seperti Blush, Sage dan hitam.



Untuk Aidilfitri kali ini Shara Othman mengetengahkan konsep ibu dan anak, lace dan juga pakaian tradisional. Kalau korang masih lagi mencari busana untuk Aidilfitri, jangan lupa untuk terjah butik Shara Othman di Central i-City (Shah Alam) dan East Coast Mall (Kuantan). Boleh juga layari laman Shopee rasmi mereka https://shopee.com.my/sharaothmanofficial/. More info ada di https://linktr.ee/sharaothmanofficial

Post a Comment

0 Comments