Pedas Dan Rangup, 'Ayam Kilau' The Chicken Rice Shop Wajib Cuba!

Bila dah bosan makan di rumah, Sally selalu akan cari promosi baru, mana tahu kalau ada yang menarik perhatian. Sally ternampak promosi Ayam Kilau daripada The Chicken Rice Shop (TCRS), terus rasa kena cuba.

Awal tu ingatkan nak dine-in sahaja, tapi kebetulan masa pergi tu dah fully booked, jadinya Sally bawa balik sahaja untuk makan dengan ibu. Hidangan istimewa Ayam Kilau ini boleh datang dalam 3 set berbeza; Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang). Sally ambil Meal B. Promosi Ayam Kilau hanya tersedia mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS.



Kenapa Ayam Kilau?

Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’, TCRS mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd mengakui bahawa setiap budaya memiliki cara masak yang unik dan tradisional. “Kami teruja kerana dapat mereka cipta menu baharu bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya dan kami juga mengalu-alukan semua orang, tidak kira yang tua ataupun muda untuk mencubanya. Pasukan kami telah bertungkus-lumus menyesuaikan resipi untuk musim perayaan ini dan kami berharap semua berpeluang mencuba Ayam Kilau”.



The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.



“Kami di TCRS amat berbangga kerana dapat menyediakan makanan tempatan yang terbaik kepada para pelanggan, resipi baharu yang kami perkenalkan juga sesuai dan berkualiti untuk santapan semua. Kami berharap musim perayaan ini akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan,” ungkap Wong.



Korang jangan lupa cuba tau, Sally suka dengan kerangupan ayam dia dan rasa pedas Sambal Hijau Kilau. Lagi pedas lagi rasa nak makan. Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook www.facebook.com/thechickenriceshop

Post a Comment

0 Comments