Variasi Program Baru di Suke TV Bakal Mewarnai Kehidupan Rakyat Malaysia Sepanjang 2023.

Mendengarkan nama Suke TV, sebuah rangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia, pasti semua orang dah terlintas sosok Dato' AC Mizal yang menjadi tulang belakang selaku pengasas & pengerusi. Untuk tahun 2023, Suke TV telah mengumumkan senarai program-program baru yang bakal ditayangkan berteraskan moto "Bringing Happy Back", bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza.



Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2.

Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation Studios, untuk memperkenalkan kandungan animasi kreatif mereka dan juga Suke U Movies, program yang akan diterajui oleh tenaga pelatih industri (internship) dengan sokongan dan bimbingan daripada kakitangan Suke TV. Suke U Movie merupakan program platform untuk pelajar institusi pengajian tinggi berkonsepkan pertandingan dimana pelajar dan alumni institusi boleh menayangkan hasil terbitan mereka dalam program tersebut secara siaran langsung.

Suke Tune pula merupakan program muzikal mingguan siaran langsung yang dihoskan oleh Chacha Maembong dan Syrul Ezwan, di mana program ini menampilkan artis-artis tempatan dan antarabangsa yang bersaing untuk memenangi diprogram kemuncak Anugerah Suke Tune. Suke Tune ditayangkan setiap Isnin jam 9 malam dan menampilkan persembahan secara langsung.

VC (Video Clip) pula merupakan program muzikal siaran langsung yang menampilkan muzik video daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa, di mana peminat boleh mengundi untuk lagu dan artis kegemaran mereka. Kedua-dua platform ini mempromosikan artis-artis yang baru serta yang sudah lama berkecimpung dalam industri dari pelbagai genre dan kategori.

Tanya Jer Musim ke-2 ialah rancangan bual bicara komedi yang menampilkan pasangan selebriti, manakala program Berita Latah Musim ke-4 merupakan program parodi berita yang menampilkan pembaca berita yang mencuit hati. Odah Billionaire ialah rancangan bual bicara secara siaran langsung yang akan menampilkan Emelda Rosmila sebagai Odah, seorang jutawan dari sebuah kampung terpencil di Perak manakala I PC U (I Penasihat Cinta U) ialah rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh dua pengacara wanita, menemuramah selebriti/artis lelaki dan membincangkan mengenai ciri-ciri wanita pilihan hati mereka.

Tidak terhenti disitu, "Pin Pin Siapa Tu?" membawakan kelainan dimana hos program akan membawa karakter penghantar makanan, menjengah ke rumah selebriti terpilih dan melakukan aktiviti menarik dan berkongsi pencapaian serta kejayaan terbaru dalam kerjaya selebriti tersebut. Program ini akan mengupas dunia selebriti yang tidak pernah diselongkar sebelum ini. Program ini disokong oleh rakan mudah alih dan penaja , TECNO Mobile Malaysia.


Penaja TECNO Mobile Malaysia bersama Reeve Damien

Selain itu, Suke TV turut memperkenalkan Muhammad Reeve Damien (Reeve Damien), anak kepada Dato' AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida yang berbakat sebagai Pengarah Muzik. Beliau telah mencipta dan menghasilkan muzik latar, lagu tema, dan jingle untuk program-program di Suke TV sejak awal penubuhan stesen televisyen ini.

PROGRAM MENARIK SEPANJANG RAMADAN DAN AIDILFITRI


Menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, Suke TV juga telah menyediakan program-program keagamaan seperti Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2, yang mengisahkan variasi cerita sirah Nabi Muhammad SAW sepanjang hidup baginda serta program baru, Suke Tanya Ustaz yang mana program ini mengupas soal jawab agama yang ditanya oleh penonton-penonton di studio dan di rumah mengikut topik-topik setiap episod.

Suke Celeb Raya ialah program pembelian dari rumah secara langsung yang menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Adam Corrie, Dato' Aliff Syukri, Dynas Mokhtar, Siti Shahreza (EJA), Ezlynn, Sasha Abdul Aziz, dan lain-lain dengan produk bertemakan Hari Raya di Sukeshop.com. Produk yang ditawarkan merangkumi fesyen, kosmetik, produk sedia dimakan dan lain-lain lagi. "Kami sangat gembira dapat menampilkan selebriti dan pempengaruh serta berkongsi produk hebat mereka untuk melengkapkan sambutan Ramadan dan Hari Raya", kata Datin Emylia Rosnaida, selaku Pengarah dan Ketua Pegawai Pengurusan Bakat.



"Kami bersemangat untuk memperkenalkan rangkaian program baru kami, dan kami berharap untuk terus membawa kegembiraan dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan penaja kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka terhadap Suke TV. Jadi, jangan lupa untuk tonton Suke TV!" kata Dato' AC Mizal, Pengasas & Pengerusi, yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Kandungan di Suke TV, yang menginjak ke ulangtahun pertama penubuhan pada April nanti.



Suke TV boleh ditonton di saluran 116 (MYTV) atau boleh juga dimuat turun dari aplikasi MYTV Mana-Mana (platform OTT nasional yang menyediakan rangkaian saluran televisyen percuma daripada penyiar seperti RTM, Bernama TV, TVS, Suke TV dan TV Al-Hijrah serta banyak lagi) di Apple Store dan juga Google Playstore.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang Suke TV di www.suketv.com. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Petra di nadrul.zainal@suketv.com atau Juani di juani.jamalludin@suketv.com.

Post a Comment

0 Comments