Di awal pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (‘PMWCBM’), MAGGI® telah berusaha untuk memperkasakan wanita dan pemilik perniagaan kecil. Diam tak diam, PMWCBM kini telah memasuki musim yang ketiga dan untuk edisi yang terbaru ini, PMWCBM dengan usaha sama tiga buah syarikat gergasi teknologi – Google, Meta dan TikTok telah menawarkan bengkel peningkatan kemahiran dan Masterclass dengan memfokuskan pada penghasilan kandungan untuk media sosial, perkembangan peribadi dan strategi untuk mengembangkan perniagaan makanan. Sejak mula dilancarkan pada tahun 2020, program ini telah berjaya memberi impak kepada lebih 3,500 orang wanita di seluruh negara.
Ketika bercakap di majlis pelancaran, YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkata, "Tema Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, #EmbraceEquity, adalah selaras dengan matlamat Kementerian untuk menggalakkan penyertaan wanita secara aktif sebagai tenaga kerja. Usaha untuk meningkatkan kemahiran wanita dan masyarakat terpinggir dengan kemahiran digital akan memberikan peluang pendapatan yang baharu, seterusnya merapatkan jurang kesaksamaan gender.
Kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha sama antara sektor awam dan swasta ini. MAGGI® akan berkolaborasi dengan Kementerian dalam usaha capaian komuniti di peringkat akar umbi dengan tumpuan terhadap kumpulan B40. Program ini akan menyediakan bengkel peningkatan kemahiran dan inisiatif untuk membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital.”
Nestlé meraikan Hari Wanita Antarabangsa setiap tahun untuk menandakan pencapaian dan kejayaan wanita di seluruh dunia. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata “Kami menyedari akan kemajuan yang dicapai oleh wanita setakat ini disamping memperbaharui komitmen untuk terus membawa perubahan yang positif ke arah membina kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman untuk seluruh komuniti di Malaysia. Dengan ketibaan era pendigitalan, Nestlé menerusi MAGGI®, menggalakkan kesaksamaan gender dengan meningkatkan kemahiran dan memperkasakan wanita dalam dunia digital. Kami berusaha untuk membantu wanita membina keyakinan diri dan menyumbang kepada kedudukan kewangan yang lebih baik untuk mereka.”
Berikutan peningkatan pengaruh media sosial dan pertumbuhan landskap digital, para pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan memainkan peranan penting dalam capaian jenama. Terdapat peluang yang besar menanti wanita Malaysia untuk menjana pendapatan yang mampan daripada kandungan berasaskan makanan dan memajukan perniagaan makanan mereka dengan kemahiran dan keupayaan digital.
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun ini memperkenalkan sebuah modul dalam talian yang baharu untuk para peserta yang mahu memulakan perjalanan mereka sebagai pencipta kandungan berasaskan makanan, sama ada sebagai individu atau pemilik perniagaan. Peserta juga diberi peluang untuk menyertai Masterclass: Pempengaruh Makanan dan Pencipta Kandungan bersama MAGGI®.
Pakar-pakar dari Google, Meta and TikTok akan berkongsi panduan, nasihat dan amalan terbaik tentang penghasilan kandungan, manakala pempengaruh yang sudah berjaya pula berkongsi kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada para peserta. Selepas proses pemilihan yang ketat, seramai 21 orang pemenang akan dipilih untuk menerima kontrak daripada MAGGI® untuk menyertai program bimbingan eksklusif bagi menjadi pencipta kandungan media sosial berasaskan makanan.
Pemenang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® Musim Pertama dan Kedua.
Jujur kata, Sally sebagai seorang penulis blog yang dalam masa yang sama seorang pencipta kandungan, semasa musim pandemik memang terasa sedikit tapi sebenarnya pada musim pandemik itu juga Sally mula berniaga makanan secara atas talian, diam tak diam dah nak masuk 2 tahun dah. Secara peribadi, Sally rasa dengan menjadi pencipta kandungan, sebenarnya memang sangat membantu daripada segi jualan dan juga penjenamaan sesuatu produk, yang penting kena mula dan kekal konsisten dalam mencipta kandungan.
Semoga Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® akan berterusan dalam membantu merancakkan ekonomi semua wanita-wanita berani di Malaysia untuk masa akan datang. Maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2023, boleh layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-cukup-rasa/
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!