Jo Kukathas & "Instant Cafe Night Live! Edisi X" Akan Gegarkan Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sebut sahaja Jo Kukathas, rata-rata rakyat Malaysia akan teringatkan watak hebat yang dibawa ke pentas antaranya "YBeeee" dan juga "Curry Spice". Berita baik kepada semua peminat Jo Kukathas, pihak Shiraz Projects dengan bangganya telah bekerjasama dengan The Instant Cafe Theatre Company untuk membawakan naskah "Instant Cafe Night Live! Edisi X".



Berikutan kejayaan luar biasa dan sambutan yang membanggakan terhadap Instant Cafe's "The May 9 Show" pada tahun 2019, kolaborasi ini memberikan persembahan ONE NIGHT ONLY SHOW yang semestinya akan memberikan kepuasan kepada penonton.

“Instant Cafe Night Live! Edisi X", akan ‘dibentangkan’ di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 18 Mac 2023, 8.30 malam dan tiket sudah mula dijual sejak 10 Februari 2023 di www.mytickets.asia. Harga tiket ialah RM588 (Meet & Greet), RM388 (Diamond), RM288 (Platinum), RM188 (Perak) dan B30 (RM88).



Saksikan Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan ‘Deputy Minister of Kickbacks and Comebacks’ dalam kerajaan gabungan menariknya yang baharu; Curry Spice yang cukup berani, si cantik dan memukau dari Sentul, bintang program Netflix "Keeping Up With The Coomarasamys” dan biopiknya yang akan datang "Ini Kari Lah”.

INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X akan dikemudikan oleh penyanyi sensasi Malaysia, Sean Ghazi dan pelawak stand-up paling comel, Kuah Jenhan. Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan! Saksikan mereka membicarakan pelbagai topik dan perkara dari ‘banjir ke quinoa ke uniti ke harapan baru, impian lama, Malaysia untuk rakyat Malaysia, semuanya, segalanya... dono wai’. Tria Aziz juga akan menjadi penghibur jemputan yang dijemput khas oleh Jo Kukathas.

"Instant Cafe Night Live! Edisi X" merupakan naskah menarik yang direka oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi bersama Kam Raslan dan Na’a Murad.



INSTANT CAFE NIGHT LIVE! EDISI X
Tarikh: 18 Mac 2023 (Sabtu)
Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Website: www.shirazprojects.com / www.theinstantcafetheatre.com
Harga Tiket:
RM588 (Meet & Greet) | RM388 (Diamond) |
RM288 (Platinum) | RM188 (Silver) | RM88 (B30)
Tiket boleh didapatkan di www.myticket.asia
Info Hotline: 012-2560082
Facebook : Shiraz Projects / The Instant Café Theatre Company
Instagram : @shirazprojects / @instantcafetheatre

Post a Comment

0 Comments