Kali terakhir Sally ke Dorsett Putrajaya adalah sekitar pada tahun 2017, dan bila dapat jemputan untuk menghadiri acara Rumah Terbuka Tahun Baharu Lunar yang diadakan buat julung kalinya di Dorsett Putrajaya pada 31 Januari 2023 yang lepas, memang teruja.
Mengangkat tema Muhibah sebagai tema rumah terbuka, Dorsett Putrajaya mengalu-alukan rakan korporat dan media sebagai tanda penghargaan di atas bantuan serta sokongan ke atas aktiviti juga kempen yang dijalankan tahun lalu. Meriah betul dengan tarian Singa serta pelbagai menu yang menarik dijamukan sepanjang majlis.
Tidak lengkap bercerita mengenai Muhibah kalau tak kenalkan barisan cef terkini di Dorsett Putrajaya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Buat pertama kalinya Dorsett Putrajaya menampilkan cef berbangsa Cina, Melayu dan India yang berpengalaman luas bagi menepati kepelbagaian citarasa tetamu.
Chef Wong Hoow Kong, bertindak sebagai Chinese Sous Chef, Chef Ahmad Fuad Abd Malik sebagai Sous Chef yang memfokuskan hidangan tradisional Melayu manakala Chef K Manimagala tertumpu kepada masakan India. Sedikit pengenalan tentang chef-chef ini, Cef Wong, 41, berasal dari Puchong, Selangor, berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kulinari hotel dan pusat konvensyen. Antara hidangan istimewanya ialah Kam Heong Makanan Laut.
Cef Ahmad Fuad, 44, pula berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dengan lebih 21 tahun pengalaman mengendalikan dapur-dapur hotel seluruh Semenanjung Malaysia. Cef Ahmad Fuad terkenal dengan masakan tradisional Melayu antaranya Masak Lemak Daging Salai dan Asam Pedas Ikan Merah.
Sementara Cef Manimagala atau popular dikenali sebagai ‘Aunty Mani’ di Dorsett Putrajaya sudah berkecimpung dalam dunia kulinari kelab dan perhotelan sejak 1992. Cef Manimagala yang berusia 54 tahun, berasal dari Singapura dan kini menetap di Cheras, terkenal dengan hidangan Kari Kepala Ikan, yang resepinya turun-termurun daripada neneknya. Ketiga-tiga cef ini boleh ditemui di Restoran CitraRasa, Dorsett Putrajaya, dan mereka juga tampil di live station sempena sambutan rumah terbuka ini.
Selain daripada memperkenalkan chef Muhibah mereka, Dorsett Putrajaya turut memperkenalkan 88 bilik baharu di Aras 1 dan 2 yang sekaligus menjadikannya keseluruhan 305 bilik tetamu. Bilik-bilik baharu ini terdiri daripada kategori Superior, Dorsett, Balcony Lakeview dan Deluxe Lakeview. Layari laman sesawang https://www.dorsetthotels.com/dorsett-putrajaya/rooms/index.html untuk maklumat lanjut mengenai jenis-ienis bilik serta spesifikasinya.
Mr Michael Tang, the General Manager of Dorsett Putrajaya with Datin Jasmine Abdullah Heng
Dorsett Putrajaya turut memperkenalkan 5 bilik fungsi baharu (function rooms) untuk kegunaan pelbagai aktiviti serta acara. Ia boleh dilaraskan menjadi sebuah dewan besar (ballroom) yang mampu menempatkan 800 orang dalam satu-satu masa.
Semoga Dorsett Putrajaya akan lebih maju di masa hadapan dengan penambahbaikan yang mereka lakukan. Tak sabar nak tengok pilihan makanan yang ada untuk bufet sempena Ramadan nanti di kesemua Dorsett di Semenanjung Malaysia!
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!