Review Eidolon Bayangan Dendam



TAJUK:

Eidolon Bayangan Dendam

GENRE:
Seram

TEMA:
Dendam, Mistik

BARISAN PELAKON:
Julian Cheah, Chazynash, Tyty Nazmin, Faeiz, Fifi, Cik My

PENAMPILAN ISTIMEWA:
Nik Amirul Faiz, Zack Aminuddin, Zati Nizam, Jean Tan, Jeffrey Leong

PENGARAH:

Don Hoe

DIPERSEMBAHKAN OLEH:
Julian Cheah Pictures (Malaysia) Sdn. Bhd.

PENGEDAR:
Full Billion Entertainment

DURASI:
105 Minit

KLASIFIKASI:
P13

TARIKH TAYANGAN:
9 MAC 2023

SINOPSIS
Dua pasangan suami isteri yang juga merupakan jiran menghabiskan masa bersama dengan bercuti di sebuah rumah inap di sebuah kampung. Apa yang mereka tidak sedar adalah kediaman tersebut mempunyai sebuah misteri yang tidak terungkap. Mereka perlu berjuang untuk bertahan hidup selepas berdepan beberapa peristiwa mistik dan pembunuhan hanya kerana sebuah dendam.

REVIEW SALLY
Filem ini ada jalan cerita yang agak menarik kerana daripada segi tajuknya, Eidolon sendiri membawa maksud gambaran roh atau orang mati dalam pemikiran Yunani Purba menyuntik kelainan dalam naskhah seram sedia ada di Malaysia.

Pemilihan pelakon-pelakon yang baru memberikan kelainan namun masih lagi boleh diperbaiki. Jalan cerita terlalu panjang tapi tiada isi yang mampu menarik perhatian penonton selain daripada ingin tahu konflik kepada masalah yang terjadi. Perkembangan watak agak sedikit "rushing". Dalam filem ini, mungkin soalan “Siapa Eidolon?” boleh ditukar kepada “Mengapa Eidolon berdendam?”. Kalau penonton bijak dan memerhati dengan teliti, pasti boleh meneka dengan agak tepat walaupun susunan jalan cerita memang akan menerangkan satu persatu kaitannya.



Filem ini banyak menggunakan konsep 'jump-scare' untuk menghidupkan elemen seram dan mistik. Sally agak sedikit terganggu dengan konsep dialog yang banyak dan meleret, tetapi ujar pelakon utama dan juga pembawa naskhah, Julian Cheah, Eidolon Bayangan Dendam bukan naskhah seram biasa yang ditampilkan di layar kaca meski ia punya persamaan iaitu nilai seram, tetapi penyampaian menerusi kaca mata Eidolon atau gambaran roh dan sikap dendam yang akan mencetuskan kelainan tersendiri.

Jadi kalau korang peminat filem bergenre seram, bolehlah sama-sama menonton Eidolon Bayangan Dendam yang akan ditayangkan bermula 9 Mac 2023.

Post a Comment

0 Comments