Skin Dessert Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap SIRIM.

Sana sini heboh dengan isu yang tular di media sosial yang mengaitkan Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan pihak Skin Dessert telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 yang lepas.



Isu ini bermula sekitar 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert, Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert, En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Skin Dessert sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM.

Skin Dessert menerusi agen yang dilantik iaitu Abam Peah Holdings Sdn Bhd telah membuat dua (2) kali bayaraan kepada SIRIM untuk menjalankan dua jenis ujian iaitu Ujian Kerengsaan Kulit (Skin Irritation Test) dan Ujian Keberkesanan Produk terhadap produk keluaran iaitu ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’.

Berikutan muat naik gambar di depan SIRIM itu, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosialnya meninggalkan komen di gambar yang dimuat naik Puan Zirra seperti berikut:

SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.

Tular sebelum ini mengenai produk Skin Dessert mengandungi merkuri yang sudah ditamatkan pengeluaran turut menyebabkan komen yang dibuat SIRIM semakin tular, dan mengakibatkan Puan Zirra dan En Aliff menerima pelbagai kecaman sehingga merosakkan reputasi perniagaan mengalami tekanan emosi memandangkan Puan Zirra dan En Aliff disarankan untuk tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan oleh peguam mereka.

Mengeruhkan lagi keadaan kerana komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan Skin Dessert sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.

Dari kiri: Nur Nazuha binti Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, Pn Zirra Abdullah (Pengasas Skin Dessert) & En Mohd Aliff Abd Kadir (Pengasas dan Pengarah Urusan Skin Dessert)

Pengujian Produk Oleh SIRIM

SIRIM kemudian menerusi surat bertarikh 26 Oktober 2022 memaklumkan terpaksa membatalkan permohonan pengujian ke atas produk sampel produk yang telah dihantar oleh Skin Dessert. Bayaran yang telah dibuat untuk kedua-dua ujian tersebut akan dipulangkan kepada syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd selaku pengantara Skin Dessert dan SIRIM. Susulan komen dan surat pembatalan yang dibuat SIRIM syarikat Abam Peah Holdings Sdn Bhd memohon untuk mengadakan satu perjumpaan dengan SIRIM bagi membincangkan isu yang timbul.

Pertemuan telah berlangsung pada 2 November 2022 dan antara intipati perjumpaan semestinya membincangkan permintaan Skin Dessert supaya SIRIM memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di mana Skin Dessert telah mengemukakan permohonan serta membayar kepada SIRIM bagi menjalankan dua (2) ujian iaitu ujian kerengsaan kulit dan ujian keberkesanan produk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ (produk yang baru menggantikan Skin Dessert Moisturizer Treatment).

SIRIM bersetuju untuk meneruskan ujian untuk ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’ seperti yang dirancang. Pada 16 November 2022 laporan ujian untuk produk tersebut telah dikeluarkan SIRIM. Hasil laporan ujian daripada SIRIM menyatakan bahawa ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer sebagai:

Under the condition of this test, Skin Dessert Repairing Moisturizer is consider as NON-IRRITANT (NI) to in vitro skin LabCyte EPI-Model 24.

Selesai isu ujian kepada ‘Skin Dessert Repair Moisturizer’, pihak SIRIM masih belum menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan memandangkan pihak peguam yang mewakili SIRIM masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.

Ditanya adakah perlu untuk mendapatkan penjelasan daripada Pihak SIRIM, Skin Dessert berkata ianya adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial peribadi Puan Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum dan berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, agen serta pengguna terhadap Skin Dessert.

Produk Telah Lama Dihentikan Pengeluaran


Isu mula timbul apabila produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ yang dibatalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Oktober 2022, dan sudah dihentikan pengeluaran dan produksi akhir produk itu adalah pada Disember 2021.

Berikutan itu, Skin Dessert sudah menarik balik produk ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ daripada pasaran dan menghentikan pengeluaran pada Disember 2021 melalui satu MEMO yang disiarkan menerusi platform sosial media rasmi Skin Dessert.

Produk ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’ adalah produk baharu yang menggantikan ‘Skin Dessert Moisturizer Treatment’ iaitu produk yang dihantar kepada SIRIM untuk membuat ujian keselamatan.

Pelan Penstrukturan Semula

Menerusi Pelan Penstrukturan Semula Jangka Masa Panjang Skin Dessert, kesemua produk akan dihantar untuk ujian makmal secara berperingkat bermula dengan ‘Skin Dessert Repairing Moisturizer’. Skin Dessert juga turut menghantar ENAM PRODUK untuk ujian makmal di Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia.



Menerusi hasil ujian ini, kesemua produk yang dihantar diklasifikasikan sebagai Not Detected atau diuji bebas daripada kandungan logam berat. Ujian produk telah dijalankan di Makmal Toksikologi Pusat Racun.

Disebabkan Pusat Racun Negara Malaysia Universiti Sains Malaysia memberikan terma dan syarat yang perlu dipatuhi pihak Skin Dessert, hasil ujian tidak dapat dikongsikan kepada umum. Orang ramai bagaimanapun boleh menyemak hasil ujian ini dengan menghubungi Makmal Toksikologi PRN dengan menggunakan nombor rujukan PRN2022/581-587 untuk pengesahan ujian.

Post a Comment

0 Comments