Resipi Apam Coklat Cheese

Kalau dah rakyat Malaysia, segalanya kalau boleh nak ada cheese. Sally pun ikut sahaja la apa yang orang suka dan masukkan dalam menu the.cakesion. By the way, korang tau kan Sally dah mulakan business secara kecil-kecilan daripada rumah dengan menjual kuih, pastri dan kek?

Baca lanjut: the.cakesion | PKP Membawa Wujudnya Home-Bakery Kecil Sally.


Disebabkan ramai la kata tak dapat nak order dengan Sally sebab kekangan jarak dan juga mahal kalau gunakan delivery Lalamove/Grab, jadi Sally kongsikan la resipi supaya boleh buat sendiri. Nak kata takut orang tak order tu pun ya la jugak, tapi rezeki kan Allah yang bagi, kita percaya je Insya-Allah ada rezeki kita.



Resipi Apam Coklat Cheese
BAHAN A ( Satukan semua bahan & ayak. Ketepikan)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

BAHAN B ( satukan semua bahan & masak guna api perlahan hingga gula larut)
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair / fresh milk
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cwn gula pasir / gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu garam

BAHAN C (kisar guna blender @ pukul sehingga berbuih)
4 biji telur

BAHAN ADUNAN CHEESE:
250gm cream cheese (Sally biasa guna Tatura supaya lembut)
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur gred A/B
2 sudu makan tepung gandum
11/2 sudu makan susu segar

CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B. Selang selikan dengan Bahan C. Sebatikan campuran tadi. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan adunan keju dan pukul hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih (Sally guna kukusan elektrik, jadi skip bahagian ini, kalau guna kukusan dapur, pastikan api tidak terlalu kuat)
4. Ambil acuan kuih dan sapu sedikit minyak supaya nanti mudah nak keluarkan apam selepas dikukus. Paipkan adunan cheese ke dalam acuan. Kukus selama 5 minit.
5. Selepas 5 minit, angkat kemudian tuang adunan coklat hingga 3/4 paras acuan. Kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
6. Angkat dan sejukkan apam. Sedia untuk dihidangkan.



*Tips: Jangan tindih apam antara satu sama lain sebab nanti warna hitam coklat akan melekat di bahagian putih cheese, jadi tak cantik.

Sekiranya dah ada resipi pun tapi masih malas nak buat, yang mana tinggal sekitar Ampang/Klang Valley, bolehlah order je dengan Sally HAHAHAHA (WhatsApp: https://bit.ly/thecakesion)

Post a Comment

0 Comments