Semua orang mengimpikan untuk mempunyai kediaman sendiri yang selesa untuk keluarga tersayang. Untuk membeli kediaman, ada banyak aspek yang perlu diambil kira, termasuklah lokasi, kemudahan di sekitar kediaman, dan lain-lain lagi.
Sally ada riki-riki beberapa jenis kediaman tapi yang paling menarik perhatian mestilah projek Tiara Sendayan, projek penjualan kediaman terbaik Matrix Concepts Holdings Berhad, sebuah syarikat yang sudah dianugerahkan pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellence Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (10 Teratas untuk Permodalan Pasaran RM 1 Billion dan ke atas), dan TheStar Property Award 2022. Projek ini juga sudah terjual lebih daripada 2,000 unit dan sudah diserahkan kepada pembeli.
Tiara Sendayan ialah sebuah perbandaran premium dalam tanah pegangan bebas kelas pertama seluas 6,272 ekar di Bandar Sri Sendayan. Lokasi di barat Seremban, menggandingkan lokasi strategiknya yang dikelilingi pembangunan utama oleh Sime Darby Property, Seri Pajam Development dan TH Properties, projek kediaman ini mempunyai akses ke mercu tanda utama seperti KLIA, Litar Antarabangsa Sepang dan pelbagai destinasi mudah seperti pusat membeli-belah, sekolah, pusat komersil dan riadah semuanya dalam radius 30km.
Apa istimewanya Tiara Sendayan?
▪️ 12 Ekar Central Park untuk gaya hidup yang diperkaya dengan alam semulajadi.
Tiara Sendayan terletak di kawasan Central Park seluas 12 ekar terawat yang menampilkan tasik yang indah, antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuklah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gim, stesen parcourse, kawasan majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi.
Di samping itu, penduduk boleh menggunakan 'Hive Lawn' yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau menerbangkan layang-layang. Terdapat juga kawasan taman permainan yang menawarkan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak bermain.
▪️ Kemudahan gaya hidup yang komprehensif
Untuk riadah, terdapat d’Tempat Country Club, kelab desa berorientasikan keluarga terbesar & X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di NS dengan 34 ekar tarikan menarik, ruang acara & kemudahan sukan lasak yang terletak hanya 7km jauhnya.
Selain itu, hab pendidikan seperti SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan juga terletak hanya kurang dari 7km jauhnya. Hab komersil seperti Sendayan Metropark, Suriaman Biz dan Sendayan Merchant Square hanya 5km jauhnya. Manakala Masjid Sri Sendayan, mercu tanda baharu yang menjadi ikon di Bandar Seri Sendayan.
▪️ Projek kadar pengambilan sepenuhnya
Tiara Sendayan dikenali sebagai pembangunan terlaris oleh Matrix Concepts dengan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun. Tiara Sendayan sangat sesuai untuk keluarga dari kumpulan M40 (pendapatan isi rumah RM6,000 & ke atas) atau keluarga yang mencari rumah yang lebih besar, dengan Harga Kemasukan Rendah dan harga SPA bermula dari RM538,888. Pilihan Rumah Bersambung Dua Tingkat dengan 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Air (2,000 kaki persegi (20’ x 70’)) merupakan pembangunan enklaf yang selamat, didatangkan dengan taman permainan kediaman sendiri.
Untuk maklumat lanjut tentang Tiara Sendayan boleh layari lawan sesawang www.tiarasendayan.com atau hubungi 1-800-88-2688.
14 Comments
menarik... suka suasana kediaman yang serba lengkap dan ada kehijauan macam nie
ReplyDeleteHarga mampu milk, boleh la beli satu unit kat tiara sendayan. Facilities die best2
ReplyDeleteKawasan Tiara Sendayan memang jadi pilihan. Rumah pun cantik dan selesa
ReplyDeleteCantik perumahan dan tenang.. Banyak kemudahan..
ReplyDeleteBanyak kemudahan disediakan untuk penduduk ye. Harga berbaloi dengan fasiliti dan saiz rumah
ReplyDeleteByk betul facilities berdekatan
ReplyDeleteCepat betul pembanggunan dekat Tiara sendayan ni. Kawasan yang strategik and banyak kemudahan berhampiran.
ReplyDeleteKawasan rumah ada kedai boleh buat niaga kat situ senang tunggu apa lagi hehehehe
ReplyDeleteBerbaloi kalau beli rumah kat Tiara Sendayan nie, banyak kemudahan dan rumah pun selesa..
ReplyDeletekediaman serba lengkap dengan kemudahan infra dan lokasi yang strategik.. amat berbaloi
ReplyDeletebestnya kalau dapat sebiji umah kat sini... jom jd jiran
ReplyDeletetempat ni terbaik. memang tiap hari lah berangan nak ada seunit. environment, landscaping semualah termasuk fasiliti memang terbaik.
ReplyDeleteBest kalau dapat beli rumah cam gini. penempatan kediaman yang selesa buat penghuni rasa aman damai. untung la siapa yang ada rezeki, dapat belinya kan...
ReplyDeleteBerbaloi kan go for property kat sini! Nell pun teringin nak invest satu kat sini la nanti! sesuai concept ni for my whole family too!
ReplyDeleteHi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!