'Beli & Menang' LengQuas, Raikan Ejen Dan Pengedar.

Pernah dengar pasal LengQuas?

LengQuas merupakan satu jenama keluaran KOPETRO Food Sdn Bhd.; salah sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). Mula memperkenalkan dua menu produk sejuk beku pada tahun 2019, kini mempunyai hampir 21 jenis secara keseluruhan dan semakin berkembang dengan pertambahan produk dan pembungkusan baru.

LengQuas sentiasa meraikan ejen dan pengedar mereka, dan sebuah Majlis Penyampaian Hadiah Kempen 'Beli & Menang' telah diadakan di Flora Terrace @ Hampshire Place, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 'Beli & Menang' merupakan sebuah kempen bagi menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan ejen-ejen dan pengedar-pengedar LengQuas dalam usaha mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas.

Sehingga awal tahun ini, LengQuas telah pun mempunyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan pasaraya-pasaraya ternama.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 'BELI DAN MENANG' LENGQUAS

Kempen yang berlangsung bermula pada 15 Julai 2022 sehingga 30 Oktober 2022, telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan ejen dan pengedar terpilih telah merebut hadiah berupa barang-barang daripada jenama Xiaomi yang bernilai hampir RM30,000.



Setiap kategori mempunyai kriteria yang berbeza yang perlu dipenuhi bagi memenangi hadiah yang ditawarkan. Bagi kategori ejen, mereka perlu membuat pembelian produk sekurang-kurangnya 10 karton dan 100 karton bagi kategori pengedar.



Selain daripada itu, ejen jualan yang mencapai sasaran jualan tertinggi juga menerima ganjaran berupa hadiah utama bagi kempen ini seperti televisyen, Scooter Elektrik dan penapis udara.

PRODUK TERBAHARU LENGQUAS

Dalam majlis yang sama, LengQuas turut memperkenalkan produk terbaharunya iaitu minuman ready-to-drink jenama "Ayera" iaitu jus nanas dan jus epal dengan buah pic, serta hidangan makanan pra-masak menu-menu popular LengQuas yang terdiri daripada Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Cili Padi dan Paru Goreng Berlada.



Hidangan pra-masak ini bukan hidangan sejuk beku sedia dimakan, tapi merupakan paket pembungkusan baru yang boleh dimakan terus dan mampu bertahan 2 tahun jika tidak di buka. Produk baru ini menggunakan teknologi sistem terma dikontaminasi yang membolehkan produk ini sesuai untuk disimpan pada suhu bilik.



Pembungkusan 200g pada Sally memang sangat sesuai untuk dijadikan pek kembara, camping, simpanan untuk kecemasan dan sebagainya. Sally memang sarankan korang semua cuba Daging Dendeng dan Paru Goreng Berlada.



Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi terkini daripada LengQuas, boleh ikuti akaun LengQuas di Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok atau hubungi hotline LengQuas di talian 017-319 5764.

Layari laman web www.kopetrofood.com.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai KOPETRO atau ikuti akaun media sosial milik KOPETRO seperti berikut:
Facebook : www.facebook.com/lengquas.official
Instagram : www.instagram.com/lengquas.official

Post a Comment

0 Comments