“SWEAT IT OUT” Bersama Finalis Mr World Malaysia 2022.

Finalis-finalis Mr World Malaysia 2022 telah menyertai sesi senaman bertempat di Star Fitness Aeon Big Wangsa Maju pagi tadi. Pencarian jejaka idaman Malaysia ini dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM) dan Star Fitness merupakan pusat kecergasan rasmi bagi Mr World Malaysia 2022.



Sesi senaman ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirangka dalam penganjuran Mr World Malaysia 2022. Encik Syed Shaddad, Pengarah Urusan Star Fitness berkata,“Sebagai pusat kecergasan rasmi bagi penganjuran Mr World Malaysia tahun ini, semua finalis akan diberikan akses kepada semua kelab Star Fitness di Malaysia di mana peserta-peserta ini dapat menjalani latihan senaman dan membuat persiapan menjelang pusingan akhir pertandingan yang akan diadakan pada 21 Oktober di Grand Hyatt Kuala Lumpur.”

Di samping itu, pemenang utama Mr World Malaysia 2022 akan menerima hadiah berupa keahlian Star Fitness dan sesi latihan peribadi dari jurulatih kecergasan Star Fitness sebagai persediaan menyertai pertandingan berprestij Mr World 2022 yang akan dijangkakan berlangsung di United Kingdom.

Sesi senaman yang berlangsung hari ini menyaksikan finalis Mr World Malaysia 2022 melakukan senaman WAR, RIP dan Interval Circuit Training. WAR merupakan latihan seni mempertahankan diri campuran yang membakar sehingga 500 kalori pada setiap sesi. Senaman yang berinspirasikan seni mempertahankan diri bertenaga tinggi ini adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan sambil menjadi cergas. Manakala RIP ialah program latihan kekuatan pra-koreografi yang memberi anda hasil yang anda inginkan.



“Finalis kita hari ini cukup bertuah kerana mereka merupakan antara yang terawal mencuba kelas eksklusif/istimewa WAR dan RIP yang bakal dilancarkan kepada ahli kelab pada bulan depan. Kelebihan kedua-dua program ini pastinya dapat membantu meningkatkan kekuatan stamina dan daya tahan otot”, kata Encik Syed.



Pertandingan Mr World Malaysia 2022 bertujuan mencungkil bakat baharu dan mempelbagaikan portfolio bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM. Untuk menonton pertandingan akhir, tiket boleh dibeli di laman Ticket2U dan undi finalis kegemaran di Pageant Vote dimana pemenang ‘Mr Popular Vote’ akan mara terus ke Top 10 pertandingan in.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari www.starfitness.com.my.

Post a Comment

1 Comments

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!