Mi MAGGI® mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971. Sejak daripada itu, Mi MAGGI® telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia; dari semangkuk sup mi MAGGI® yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI® yang lazat di restoran, dan dalam tidak sedar, Mi MAGGI® kegemaran rakyat Malaysia telah meraikan ulangtahun ke-51 mereka dan berkongsi detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia!
Acara tahunan juga turut dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah, kempen MAGGI® SAH Malaysia! mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI® pada tahun ini.
Gimik Pelancaran Pertandingan Akhir MAGGI® SAH Malaysia!
Kempen MAGGI® SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI®, meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kata mudah, kembara ini membawakan pelbagai resipi Mi MAGGI® paling viral dari serata Malaysia.
Naz Rahman (Pengerusi Majlis) bersama Duta MAGGI® Sheila Rusly & Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman
Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang dihoskan oleh Duta MAGGI® Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI® Pedas Giler MK K-Clique, telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka.
Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang bertanding, akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
Pemenang-pemenang ResipiKu KreatifKu
1. Ying Ying Café, MAGGI® Tomyam Seafood
2. Ganesh Curry House, MAGGI® Udang Ori
3. Chiffonade, Wattan MAGGI®
Kempen MAGGI® SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu di mana seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung dan pemenang-pemenangnya ialah:
1. Asmahani Mohamed, Botok Botok MAGGI®
2. Faradilla Eamy Jaar, Sotong Sumbat Bakar MAGGI® Kuah Percik Bersambal
3. Norsalina Jalaludin, Manok Pansoh MAGGI®
Di majlis ini juga, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan untuk sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia.
Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.
Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, MAGGI® berhasrat untuk terus memberikan inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan, sama ada untuk diri sendiri, untuk orang tersayang atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen MAGGI® SAH Malaysia!, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/
0 Comments
Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!